Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA tidak gerun ancaman ATM

Fazzrudin berkeyakin­an tinggi pemain-pemainnya beraksi cemerlang kempen Piala FAM petang ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman meletakkan keyakinan tinggi di bahu pemain-pemainnya untuk mengejutka­n ATM pada aksi Piala FAM 2018 di laman lawan, jam 4.45 petang ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu, bermain di laman lawan (Stadium MINDEF, Kuala Lumpur) selain reputasi tinggi skuad ‘The Gladiators’ itu sedikitpun tidak menjejaska­n mental pemain- pemainnya mengharung­i pertemuan tersebut.

“Sudah tentu pengalaman pasukan ATM yang pernah beraksi di Liga Super dan Liga Perdana menjadi kelebihan buat mereka. Tambahan pula mereka bermain di tempat sendiri.

“Namun, ia tidak menjejas keyakinan pemain- pemain kita dan saya optimis Kuching FA mampu membawa pulang mata daripada perlawanan itu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Fazzrudin berkata, momentum skuadnya menunjukka­n trend peningkata­n positif selepas melakarkan dua kemenangan pada perlawanan sebelum ini.

Lantas, ia menjadi penanda aras buat skuadnya bersedia untuk mencipta kejutan ke atas lawan petang ini.

“Kami akan memberi saingan untuk membawa balik mata berharga. Harapan saya agar semua pemain dapat mengekalka­n prestasi terbaik mereka,” katanya.

Bagi jurulatih Kuching FA, Sahrizan Sahari ‘mood’ terbaik semua pemain ketika ini selepas dua kemenangan awal memberi bayangan buat mereka melakarkan keputusan positif pada perlawanan itu.

Jelas beliau, kondisi semua pemain bebas daripada kecederaan dan penggantun­gan menambah tonik kepada persiapan mereka untuk berdepan dengan ATM.

“Kita mengharapk­an dua kemenangan awal dalam saingan liga dapat diteruskan. Paling tidakpun kita dapat mencuri mata di tempat lawan.

“Kita sedar ATM mempunyai penyokong cukup padu, justeru saya harap mental dan fizikal pemainpema­in cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan itu,” jelas Sahrizan ketika diminta mengulas persiapan skuadnya.

Kuching FA sebelum ini menewaskan MBKP BRIUBES dengan jaringan 2-1 pada aksi pembuka tirai di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu pada 25 Februari lalu.

Disusuli kemenangan dengan jaringan sama (2-1) ke atas Selangor United di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 11 Mac lalu.

Kami akan memberi saingan untuk membawa balik mata berharga. Harapan saya agar semua pemain dapat mengekalka­n prestasi terbaik mereka. Fazzrudin Abdul Rahman Pengurus Kuching FA

 ??  ?? SEDIA BUAT KEJUTAN: Kuching FA berada dalam ‘mood’ terbaik mengejutka­n ATM dalam aksi Piala FAM 2018 di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur petang ini.
SEDIA BUAT KEJUTAN: Kuching FA berada dalam ‘mood’ terbaik mengejutka­n ATM dalam aksi Piala FAM 2018 di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur petang ini.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Zaidi (dua kiri) dan Raymond (tiga kanan) bersama Abdullah (dua kanan) dan tetamu lain memperaga kasut jenama Puma pada sidang media di Kuching semalam.
SERTAI KAMI: Zaidi (dua kiri) dan Raymond (tiga kanan) bersama Abdullah (dua kanan) dan tetamu lain memperaga kasut jenama Puma pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia