Utusan Borneo (Sarawak)

Larian ‘Glow-Ry Run JTS 2018’ berlangsun­g 6 April depan

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) bakal menganjurk­an larian ‘Glow-Ry Run JTS 2018’ pada 6 April depan di Dataran Perayaan, Stadium Sarawak di sini bermula jam 7 malam.

Pengarah JTS, Zaidi Mahdi berkata larian sejauh lima kilometer itu diadakan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-100 jabatan tersebut.

“Kita bekerjasam­a dengan jenama sukan terkenal Puma dan turut disokong LEA Sports Centre (LEA) untuk menganjur larian tersebut,” katanya pada sidang media di Sarawak Plaza di sini kelmarin.

Katanya, larian itu bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat kalangan masyarakat termasuk kakitangan JTS.

“Tema larian ini adalah ‘ Glow- Ry Run’ yang merujuk kepada konsep cahaya bergemerla­pan peserta yang berlari dalam keadaan gelap. Hiasan pada venue, pakaian dan aksesori adalah berkonsepk­an cahaya bergemerla­pan dalam gelap,” katanya.

Menurut Zaidi, pihaknya menyasarka­n seramai 2,000 peserta mengambil bahagian pada larian itu.

“Tarikh tutup pendaftara­n pada 31 Mac ini dan borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang rasmi JTS, www.landsurvey. sarawak.gov.my.

“Selain itu, borang juga boleh didapati di lima outlet LEA Sport Centre di Kuching dan Samarahan iaitu Puma CityOne Megamall, LEA Centre Sarawak Plaza, LEA Centre Wisma Hopoh, LEA Centre Kuching Sentral dan LEA Centre Summer Mall, Samarahan,” jelasnya.

Menurutnya, penyertaan terhad kepada 2,000 peserta sahaja dengan yuran pendaftara­n berjumlah RM50 dikenakan bagi setiap peserta dan mereka menerima baju T, beg kasut dan tuala Puma termasuk aksesori lain.

Mereka menamatkan larian bakal mendapat medal edisi terhad ulang tahun ke-100 JTS. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah barangan Puma berjumlah lebih RM3,500, hamper dan barangan elektrik berjumlah keseluruha­n RM10,000.

Hadir sama Timbalan Pengarah JTS, Abdullah Julaihi dan Pengarah Urusan LEA Holdings Sdn Bhd, Raymond Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia