Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal Terbuka Lelaki, Wanita LISUS Sibu mulakan saingan

-

SIBU: Pertanding­an Futsal Terbuka Lelaki dan Wanita sempena Liga Sukan Untuk Semua ( LISUS) Bahagian Sibu 2018 memulakan saingan di Stadium Tertutup Bukit Lima di sini semalam.

Upacara sepak mula kejohanan disempurna­kan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri, Romeo Christophe­r Tegong.

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Kaya Raju dan Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak Sibu, Halil Mohd Ibrahim.

Kejohanan futsal bermula pada 17 dan 18 Mac menyaksika­n 32 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita berentap merebut gelaran juara.

Pasukan-pasukan bertanding ialah Shomchai FT, Appollo FT, Mentot ‘A’, Project Futsal Kanowit, LP FT, New Bee FC, Armour, A-Team, Robina FC, Medic FT, SFZ, Jayen FC, Top Ten FT, Triplex U20, Triplex FT, Triplex U18, Gladioator FT, Sibu Jaya, Ummi FC 1.

Starmanok FT, Uranus FC1, Mentot B, Swanzon FT, KRT Sukun, MZ Legasi, RJ Generation, KSRTR, Zerone FT, Matrix FT, Futsalista­r 19 FC, Red Hackle FC, Bruit FT, Cunitow, SJ Team, Zro69 Familia, Sentosa Legacy, Nazario FT dan Uranus FC2.

LISUS Peringkat Bahagian 2018 dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bersama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sibu, Kelab Sukan Rekreasi Bahagia Jaya Teku dan Kelab Kecergasan Sibu Jaya.

Pasukan menjuarai pertand- ingan futsal ini akan mewakili Sibu ke pertanding­an antara bahagian di Miri pada April depan.

Juara futsal Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita akan menerima wang tunai RM1,000, naib juara (RM700) dan tempat ketiga bersama (RM300).

 ??  ?? SEPAK MULA: Romeo melakukan sepak mula perasmian Pertanding­an Futsal Terbuka Lelaki dan Wanita sempena LISUS Bahagian Sibu 2018.
SEPAK MULA: Romeo melakukan sepak mula perasmian Pertanding­an Futsal Terbuka Lelaki dan Wanita sempena LISUS Bahagian Sibu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia