Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa komited melaksanak­an pembanguna­n sukan

-

KUCHING: Kerajaan sentiasa komited melaksanak­an pembanguna­n sukan di negeri ini sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam arena sukan.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sokongan terhadap usaha yang dijalankan di peringkat akar umbi amat diambil berat.

“Kita sentiasa menyokong usaha melahirkan lebih ramai pemain bola sepak. Di Kuching, dapat dilihat potensi untuk menghasilk­an ramai pemain berbakat,” katanya pada majlis Perasmian Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Fazzrudin Abdul Rahman di Padang Semarak, Kampung Pinang Jawa di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Pinang Jawa, Ahmad Budiyaman Fauzi.

Menurut Fadillah, apa yang penting semangat kerjasama berpasukan dalam melaksanak­an program mampu menjadi teras utama kejayaan.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dalam ucapannya berkata penganjura­n kejohanan tersebut bertujuan mencari pelapis-pelapis baharu dalam sukan bola sepak di Kuching.

“Kita memerlukan lebih banyak pertanding­an sebegini sebagai usaha mencungkil bakat-bakat baharu.

“Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat mengenal pasti pemain- pemain berbakat untuk diserap masuk ke dalam pasukan Kuching FA malah berpeluang mewakili negeri,” katanya.

Menurutnya, usaha mencari pemain-pemain pelapis sentiasa dipandang serius dalam melaksanak­an pelan pembanguna­n sukan bola sepak yang menjadi sukan nombor satu di negeri ini.

Pertanding­an anjuran bersama SABERKAS Pinang Jawa dan PBB Tupong itu melibatkan 32 pasukan dari kawasan DUN Tupong dan pasukan luar bermula dari 17 hingga 25 Mac ini berlangsun­g setiap Sabtu dan Ahad di Padang Semarak, Kuching.

 ??  ?? RASMI: Fadillah menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Fazzrudin Abdul Rahman di Kuching semalam.
RASMI: Fadillah menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Fazzrudin Abdul Rahman di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia