Utusan Borneo (Sarawak)

Permaidani merah Oscar: Putih menawan, merah seksi dan gangsa (pemenang pingat)

- Oleh Katharyn Gillam, bersama Susan Stumme di Washington

SELEPAS musim anugerah Hollywood yang memaparkan permaidani merah yang membuat kenyataan termasuk ‘blackouts’ (berpakaian serba hitam) di Anugerah Golden Globe dan Anugerah Bafta, golongan terbaik dalam industri filem beralih kepada warnawarni pelangi di Anugerah Oscar yang berlangsun­g baru-baru ini.

Daripada putih klasik kepada merah bomba, dengan adunan pelbagai warna kuning, fuchsia, ‘powder blue’ dan lavender, di sini adalah beberapa perkara yang menonjol dalam perarakan stail pada malam terbesar di Tinseltown: - Putih menawan -

Putih dikaitkan dengan pergerakan hak mengundi untuk wanita, dan pada anugerah Oscar barubaru ini, ramai bintang terkemuka di Hollywood menggunaka­nnya.

Bintang ‘Get Out’ Allison Williams merupakan salah seorang bintang pertama di atas permaidani merah dan dia kelihatan begitu cantik sekali – gaun puteri Armani bermanik warna krim dengan lengan menarik yang menerima pujian dalam Twitterver­se.

Jane Fonda turut mempamerka­n rupa puteri ais, dan kelihatan hebat sekali pada usia 80 tahun - !! – dalam gaun Balmain putih yang berukir dengan garis leher geometrik.

Laura Dern – yang menyertai keluarga ‘Star Wars’ pada tahun lepas dalam ‘The Last Jedi’ dan merupakan salah seorang penyampai pada malam anugerah itu – memukau pemerhati hamparan merah dalam gaun Calvin Klein dengan tali leher besar yang menutupi sebelah bahu.

Dan Mary J. Blige – orang pertama dicalonkan untuk lakonan dan penulisan lagu bagi filem yang sama ‘Mudbound’ – memakai gaun Versace putih dengan bahagian badan yang berkilauan dan garis leher yang asimetrik. Dia mempersemb­ahkan lagunya ‘Mighty River’ dalam gala itu. - Wanita dan Merah -

Allison Janney – yang membawa pulang anugerah Oscar seperti yang dijangkaka­n bagi aktres pembantu terbaik bagi lakonannya yang menyakinka­n sebagai ibu kepada ‘figure skater’ Tonya Harding, LaVona, dalam biopik ‘I, Tonya’ – kelihatan bersedia untuk penggambar­an dekat.

Aktres tinggi dengan badan yang cantik itu kelihatan seksi memakai gaun Reem Acra warna merah bomba yang memukau dengan lengan baju yang labuh, garis leher yang mendedahka­n dada – dan banyak berlian untuk mengisi jurang.

“Ini adalah kali pertama saya menghadiri Anugerah Oscar,” katanya kepada televisyen E! di atas permaidani merah. “Ia agak merimaskan.”

Pemenang tiga kali Meryl Streep turut memakai baju merah – gaun sederhana Christian Dior dengan garis leher V yang mendalam dan lengan gaun sepanjang tiga suku.

Dia sekali lagi menjadi calon pada tahun ini, untuk drama mengenai Pentagon Papers ‘The Post’. - Vintaj terbaik -

Penghormat­an itu dengan mudah diberikan kepada Rita Moreno, yang memakai gaun yang dia pakai pada 1962 untuk menerima anugerah Oscar sebagai aktres pembantu terbaik bagi lakonannya sebagai Anita dalam ‘West Side Story’.

Moreno, 86, merupakan seorang daripada beberapa pelakon ‘heavyweigh­t’ Hollywood yang memiliki EGOT yang diidam-idamkan – dia sudah memenangi anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony dalam kariernya selama berdekad-dekad.

Dia sekarang berlakon dalam pembikinan semula Netflix bagi sitkom ‘One Day at a Time’.

Beberapa atlet Olimpik terkemuka di Amerika turut memeriahka­n acara permaidani merah anugerah Oscar, termasuk dua ‘figure skater’ yang memenangi pingat gangsa Mirai Nagasu – yang memakai gaun Tadashi Shoji berwarna biru yang amat halus – dan Adam Rippon, yang memakai jaket abah-abah hitam yang diilhamkan oleh perhambaan.

Pemain ski Lindsey Vonn, yang memenangi pingat gangsa dalam pertanding­an ski turun bukit, mempamerka­n sedikit kulit dalam gaun renda berlabuci hitam dengan tepi yang mengibas.

Lelaki Hollywood cuba kelihatan klasik dan pada waktu yang sama membuat kenyataan.

Pengarah ‘Get Out’ Jordan Peele menggunaka­n jaket makan malam putih – dan penampilan segak itu berbaloi apabila dia naik ke pentas untuk menerima anugerah Oscar bagi lakon layar asal terbaik.

Bintang filemnya – Daniel Kaluuya dari Britain, juga seorang calon – memakai jaket coklat yang menarik dengan lapel (pelipat baju) hitam.

Chadwick Boseman, bintang hot box office yang begitu besar ‘Black Panther’, kelihatan seperti raja Wakanda dengan jaket hitam labuh dan hiasan perak.

Bintang ‘Call Me By Your Name’ dan calon Oscar, Timothee Chalamet, memakai sut serba putih dan aksesori terbaik – ibunya. Bintang rakannya Armie Hammer memilih tuksedo baldu merah wain.

Dan penulis lakon layar ‘Call Me’ James Ivory – yang memenangi anugerah Oscar bagi lakon layar adaptasi terbaik – memberi pujian mutlak kepada Chalamet apabila dia memakai baju yang tertera gambar wajah pelakon itu. — AFP

 ??  ?? RITA MORENO
RITA MORENO
 ??  ?? MIRAI NAGASU & ADAM RIPPON
MIRAI NAGASU & ADAM RIPPON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia