Utusan Borneo (Sarawak)

Sengketa ibu dan anak dalam ‘Mengintai Syurga Mama’ di TV2 pada 23 Mac ini

-

IBU merupakan anugerah terindah yang dikurniaka­n tuhan kepada seorang anak. Tanpa ibu tidak terjejak sepasang kaki ke tanah dan tidak kenal apa itu erti kehidupan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) prihatin dalam menghargai pengorbana­n seorang insan bergelar ibu dengan membawakan telemovie bertajuk ‘Mengintai Syurga Mama’, bersiaran pada 23 Mac, jam 2.00 petang.

Telemovie terbitan Zeel Production ini menampilka­n gandingan pelakon utama Nad Zainal dan Haliza Misbun yang menghidupk­an watak sebagai pasangan ibu dan anak, telemovie khas arahan Tony Francis Gitom ini berkongsi memaparkan kekuatan hubungan kasih sayang suci antara kedua-duanya yang tidak akan putus sampai bila-bila.

Malah ikatan ibu dan anak yang terjalin adakalanya menuntut pengorbana­n besar salah seorang daripadany­a.

Ikuti perjalanan kisah watak utama gadis bernama Lia, pelajar kolej yang aktif dan miliki personalit­i yang ceria.

Dia dibesarkan oleh ibu tunggal, Aishah yang sangat menyayangi­nya. Hubungan mereka mesra dan rapat malah mereka selalu berkongsi cerita dan masalah bersama.

Masa berlalu Lia mengenali seorang pemuda dikenali sebagai Ryan. Hubungan mereka kemudianny­a mesra sebagai pasangan bercinta.

Serius dengan hubungan itu, Lia turut memberanik­an diri memperkena­lkan Ryan kepada ibunya. Lia gembira kerana hubungan mereka mendapat restu daripada Aishah.

Begitu pun segalanya tidak lama. Sikap Lia berubah menjadi bengkeng, pemberonta­k, kerana cemburu melihat kemesraan yang ditonjolka­n oleh ibunya dengan teman lelakinya, Ryan. Dia menyangka Aishah mahu merebut Ryan daripadany­a.

Sejak itu Lia mula dingin dengan ibunya. Pada masa sama dia cuba mengorek rahsia di sebalik hubungan rapat mereka.

Namun rasa cemburu bertukar simpati setelah mengetahui ibunya bersikap demikian lantaran tekanan perasaan yang melampau akibat didera mental dan fizikal oleh bekas suaminya yang telah meninggal dunia iaitu Rahman.

Ternyata Rahman menikahi Aishah disebabkan mahu melangsaik­an hutang bapanya.

Turut dibintangi oleh Hefny Saad, Dato’ Rahim Razali, Lia Natalia, Fahrin Ahmad dan Shah Iskandar, saksikan kesudahan konflik antara ibu dan anak ini di TV2.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Telemovie ini menampilka­n Nad Zainal dan Haliza Misbun yang menghidupk­an watak ibu dan anak.
WATAK UTAMA: Telemovie ini menampilka­n Nad Zainal dan Haliza Misbun yang menghidupk­an watak ibu dan anak.
 ??  ?? PELAKON: Fahrin Ahmad turut membintang­i dalam drama ini.
PELAKON: Fahrin Ahmad turut membintang­i dalam drama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia