Utusan Borneo (Sarawak)

‘Anak Bapak’ isi slot

Teater Legenda

-

SLOT Teater Legenda di TV2 memang sudah sinonim dengan filemfilem seniman hebat tanah air, Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee. Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia membawakan sebuah lagi filem menarik ‘Anak Bapak’, bersiaran pada 19 Mac ini (esok), jam 9.30 malam.

Turut membawakan barisan pelakon legenda seperti A.R. Tompel, Ibrahim Din, Roseyatima­h, Ruminah Sidek dan Noran Nordin.

Mengisahka­n Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabka­n dia banyak berhutang antaranya dengan Norma, seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun.

Apabila menyedari yang duit simpananny­a semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato’ Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang.

Dato’ Mahfiz yang tinggal berjauhan dengan Harun tanpa sebarang ragu mengirim wang berjumlah 5000 ringgit.

Selain membayar segala hutangnya Harun juga menggunaka­n wang pemberian bapanya itu untuk membantu pekerja ladangnya yang menghadapi masalah kewangan.

Konflik timbul apabila Dato’ Mahfiz datang melawat Harun dan isterinya sedangkan Harun masih belum berkahwin. Harun takut tembelangn­ya pecah lalu berpakat dengan Salleh, pemandunya. Dia ingin meminjam Edah, isteri Salleh untuk menjadi isteri olok-oloknya.

Norma yang tahu cerita sebenar mengugut akan membocorka­n rahsia ini kepada Dato’ Mahfiz dan meminta sejumlah bayaran untuk menutup mulut. Harun dengan segera memberikan cek tanpa Norma ketahui cek itu adalah cek tendang.

Dalam masa yang sama Harun telah menaruh hati kepada jururawat yang menjaga bapanya iaitu Halimah. Mereka saling mencintai dan telah berkahwin secara senyap tanpa diketahui oleh bapanya.

Akhirnya tembelang Harub pecah apabila Norma datang berjumpa dengan Dato’ Mahfiz mengadu tentang cek tendang yang diberikan oleh Harun konon untuk menutup mulutnya.

Akhir cerita Harun didapati tidak bersalah dan yang bersalah dalam hal ni adalah Norma kerana ingin memburuk-burukkan keluarga Harun. Oleh itu dia dihukum kahwin dengan Dato’ Mahfiz.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia