Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua polis berusia 80-an diarah jalani hukuman penjara

-

BUENOS AIRES: Sebuah mahkamah di Argentina kelmarin telah mengarahka­n seorang bekas ketua polis berusia 80-an yang disabitkan bagi hukuman mati dan seksaan agar kembali ke penjara, selepas penahanann­ya di rumah telah menimbulka­n bantahan.

Miguel Etchecolat­z, 88, sedang menjalani satu hukuman seumur hidup bagi jenayah terhadap kemanusiaa­n yang dilakukan semasa pemerintah­an diktator tentera di negara Amerika Selatan dari tahun 1976 hingga 1983.

Hakim telah memutuskan kelmarin bahawa kesihatann­ya adalah sesuai dengan penahanan di dalam penjara.

Sejak 27 Disember Etchecolat­z, bekas pesuruhjay­a polis Buenos Aires, telah tinggal di sebuah rumah di pusat peranginan tepi pantai Mar del Plata, di mana para penunjuk perasaan telah membantah pembebasan dia dari penjara.

Disabitkan pada mulanya pada tahun 1986 bagi hukuman mati dan seksaan terhadap 91 orang, dia telah mendapat pengampuna­n sebelum dibicaraka­n semula pada 2006, ketika dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan kira- kira 30,000 orang telah hilang dikatakan telah dibunuh semasa ‘Dirty War’ oleh pihak junta.

Menurut pendakwa raya Argentina bagi jenayah terhadap kemanusiaa­n, lebih dari 500 orang bekas pegawai junta telah diarahkan bagi penahanan di rumah pada hujung tahun lepas ketika kira-kira 450 orang lagi telah menjalani hukuman mereka di dalam penjara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia