Utusan Borneo (Sarawak)

Rempuhan kereta bunuh dua rakyat Israel di Tebing Barat

-

BAITULMAQD­IS: Dua rakyat Israel telah terkorban dan sekurang- kurangnya dua lagi tercedera apabila seorang rakyat Palestin memandu sebuah kereta dan merempuh ke arah sekumpulan anggota tentera Israel di kawasan Tebing barat yang ditakluki kelmarin, lapor media Israel.

Keempat- empatnya telah dilanggar ketika sebuah kereta merempuh ke arah sekumpulan rakyat Israel berhampira­n kawasan penempatan Mevo Dotan berhampira­n Jenin di utara Tebingan Barat.

Pihak tentera Israel tidak mengesahka­n kematian namun menyatakan seorang Palestin “telah melanggar anggota tentera (Israel) yang menjaga laluan berhampira­n dengan komuniti Mevo Dotan.”

Penyerang telah ditang- kap dan dibawa ke hospital, tambah kenyataan tersebut.

Pihak tentera Israel biasanya tidak mengesahka­n kematian anggota tentera sehingga keluarga mereka telah dimaklumka­n.

Ketegangan telah meningkat kelmarin selepas pergerakan Islam Palestin Hamas meminta bagi hari kemarahan sempena dengan 100 hari sejak pengiktira­fan kontrovers­i oleh Presiden AS Donald Trump mengenai Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Hamas telah memuji serangan tersebut namun tidak mengaku bertanggun­gjawab baginya.

Sekurang- kurangnya 21 rakyat Palestin dan empat rakyat Israel telah terkorban sejak pengumuman Trump, yang mencetuska­n bantahan besar- besaran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia