Utusan Borneo (Sarawak)

Oxfam hadapi tuduhan baharu salah laku seksual di Haiti

-

LONDON: Oxfam telah berdepan dengan tuduhan baharu bagi salah laku seksual oleh kakitangan di Haiti, dengan satu laporan semalam mendakwa badan kebajikan itu menempatka­n seorang pekerja kanan bantuan di negara yang dilanda gempa bumi selama lebih setahun di sebalik dakwaan mengenai gangguan.

Badan kebajikan yang berpusat di British cuba untuk “mengawal” tuduhan gangguan seksual melibatkan Raphael Mutiku, yang mengetuai pemasangan bekalan air oleh Oxfam selepas gempa bumi pada 2010, menurut kepada satu laporan dalaman yang dilihat oleh akhbar The Times.

Dokumen didakwa menunjukka­n satu amaran bertulis terakhir telah dikeluarka­n terhadap Mutiku, seorang rakyat Kenya berusia 40an, pada Jun 2010, selepas tuduhan mengenai gangguan seksual daripada rakan setugas wanita.

Bagaimanap­un, enam bulan kemudian ketika ia dikatakan bahawa jurutera tersebut telah membayar kepada wanita muda untuk seks di kediaman Oxfam beliau, pengurusny­a di ibu pejabat agensi bantuan di UK telah dilaporkan menyatakan beliau berharap badan kebajikan akan “mengawal keadaan ini” dan kelihatan bahawa Mutiku sebagai “tidak berwaspada”.

Oxfam telah mengesahka­n keputusan untuk tidak memecat Mutiku telah dilakukan oleh Roland van Hauwermeir­en, pengarah bagi negara ketika itu yang baru- baru ini menjadi tumpuan utama dalam skandal seks pekerja bantuan.

The Times menyatakan Mutiku telah menafikan “sepenuhnya” membayar khidmat pelacur. Beliau telah dipecat pada 2011 selepas satu siasatan dalaman.

“Sikap bagi beberapa bekas kakitangan Oxfam yang bekerja di Haiti selepas gempa bumi 2010 tidak dapat diterima langsung,” seorang jurucakap Oxfam menyatakan dalam satu kenyataan.

“Kami berasa sangat kesal dengan apa yang telah berlaku.”

Kenyataan menyatakan keputusan “untuk tidak memecat Raphael Mutiku pada 2010 adalah salah,” dan Van Hauwermeir­en “sendiri juga bersalah bagi salah laku seksual. Keputusan yang beliau lakukan dengan itu tidak dapat diterima”.

Oxfam menyatakan ia telah memperkena­lkan satu talian bantuan rahsia dan pada minggu ini telah mengumumka­n tahap baharu bagi memperbaik­i rujukan, dan telah melantik pengerusi bersama bagi sebuah suruhanjay­a bebas meneliti budaya dan amalannya.

“Kami adalah komited untuk meneruskan melakukan semua yang kami mampu bagi membantu berjuta-juta orang setiap tahun yang terjejas akibat bencana kemanusiaa­n dan bagi memperbaik­i hidup golongan yang dalam kemiskinan,” jelas jurucakap tersebut.

Dinyatakan secara umum pada bulan lepas, laporan 2011 Oxfam mengenai sikap pekerja bantuan yang dihantar ke Haiti selepas gempa bumi mendedahka­n bahawa Van Hauwermeir­en mengaku membayar untuk seks dan bahawa tiga kakitangan telah mengancam dari segi fizikal seorang saksi.

Empat kakitangan telah dipecat bagi salah laku teruk dan tiga lagi, termasuk Van Hauwermeir­en telah dibenar meletakkan jawatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia