Utusan Borneo (Sarawak)

Kelongsong peluru bunuh ketua hak asasi Brazil milik polis

Serangan berani yang menimbulka­n bantahan di Rio dan Sao Paulo

-

RIO DE JANEIRO: Kelongsong peluru ditemui di tempat pembunuhan seorang ketua hak asasi sivil kulit hitam dan kaunselor bandar di Rio de Janeiro dimiliki oleh polis persekutua­n Brazil, lapor berita Globo kelmarin.

Kelongsong tersebut adalah untuk peluru sembilan milimeter yang digunakan bagi membunuh Marielle Franco, 38, pada lewat Rabu lepas di tengah Rio. Pemandu beliau turut dibunuh dan seorang pembantuny­a mengalami kecederaan ringan dalam satu serangan berani yang menimbulka­n bantahan oleh ribuan orang di Rio dan Sao Paulo pada Khamis lepas.

Menurut laporan televisyen Globo, peluru tersebut telah dibeli oleh pihak polis persekutua­n di ibu negara Brasilia pada tahun 2006.

Peluru dari lot yang sama, menurut laporan, telah digunakan semasa satu pembunuhan beramai-ramai Sao Paulo melibatkan 17 orang pada Ogos 2015. Tiga anggota polis adalah di antara mereka yang disabitkan bagi pembunuhan beramai-ramai itu.

Pihak polis sedang menyiasat sama ada pembunuhan Franco seorang pengkritik polis sebagai satu pembunuhan yang sengaja disasarkan.

Beliau telah dilantik dalam majlis bandar raya Rio dengan parti haluan kiri PSOL pada 2016 dan merupakan seorang penyokong yang lantang bersuara bagi penduduk favela kulit hitam miskin, sering kali menuduh pihak polis sebagai melakukan pembunuhan tanpa pengadilan.

Franco dikenali di kalangan kaum lelaki Rio dan bahagian politik yang didominasi oleh golongan kulit putih, serta turut menyatakan tentangan terhadap keputusan pada bulan lepas untuk meletakkan pasukan tentera yang bertanggun­gjawab bagi keselamata­n di Rio.

Pihak polis persekutua­n menyatakan di dalam satu kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat “dari mana asal peluru tersebut dan kesan bagi penemuan kelongsong di tempat jenayah berlaku jenayah.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Orang awam mengambil bahagian dalam rali menentang pembunuhan ketua hak asasi sivil kulit hitam dan kaunselor bandar Marielle Franco, di Sao Paulo Brazil baru-baru ini.
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Orang awam mengambil bahagian dalam rali menentang pembunuhan ketua hak asasi sivil kulit hitam dan kaunselor bandar Marielle Franco, di Sao Paulo Brazil baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia