Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico beri amaran kartel dadah berusaha pengaruhi pilihan raya

-

KOTA MEXICO: Menteri Dalam Negeri Mexico Alfonso Navarrete kelmarin berkata terdapat ‘ tanda amaran’ bahawa kartel dadah sedang berusaha untuk mempengaru­hi pilihan raya yang bakal diadakan di negara itu.

Mexico akan memilih presiden baharu, Kongres dan beberapa pegawai negeri dan tempatan lain pada 1 Julai, waktu yang tidak menentu bagi sebuah negara di mana kartel dadah yang bernilai berbilion dolar mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Terdapat tanda amaran dan loceng penggera di beberapa wilayah di negara ini,” kata Navarrete ketika menjawab pertanyaan seorang wartawan tentang laporan yang menyebut calon menerima tekanan daripada jenayah terancang.

Beliau menyebut nama bandar Chilapa, dalam negeri selatan Guerrero yang ganas, di mana dua calon untuk sebuah kerusi dalam dewan undangan negeri dibunuh pada bulan lepas.

“Terdapat cubaan yang semberono untuk menekan calon, untuk menjajar diri dengan kumpulan penjenayah tertentu,” kata Navarrete.

“Kami tidak akan membiarkan ini berlaku.”

Dua calon presiden terkemuka, ahli konservati­f Ricardo Anaya dari Parti Tindakan Nasional ( PAN) dan Jose Antonio Meade dari Parti Revo- lusi Institusi ( PRI) yang memerintah negara, telah memberi amaran tentang cubaan yang mungkin dilakukan oleh kartel dadah untuk mempengaru­hi pilihan raya.

Bagaimanap­un calon utama dan veteran haluan kiri, Andres Manuel Lopez Obrador, menyatakan beliau tidak melihat sebarang tanda campur tangan oleh jenayah terancang.

Lopez Obrador telah mencadangk­an pengampuna­n am bagi jenayah dadah sebagai satu cara untuk menghentik­an keganasan yang membelengg­u Mexico dan dikaitkan dengan kartel dadah tetapi beliau tidak juga menjelaska­n sama ada cadangan kontrovers­i itu hanya merujuk kepada pe- salah kecil atau pembunuh upahan dan raja dadah juga.

Mexico adalah tempat yang berbahaya bagi ahli politik tempatan.

Menurut Persatuan Datuk Bandar Kebangsaan, lebih 100 datuk bandar, bekas datuk bandar atau bakal datuk bandar sudah dibunuh oleh geng jenayah sejak 2006, tahun kerajaan mengisytih­arkan perang ke atas kartel dadah.

Calon juga sering menjadi sasaran pembunuhan.

Pembunuhan terbaharu berlaku kelmarin apabila seorang calon datuk bandar di negeri tengah Puebla bernama Gustavo Martin Gomez Alvarez ditembak 11 kali oleh pembunuh upahan di bandar Francisco Z. Mena.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas setiausaha agung Pertubuhan Negara Amerika, Luis Almagro, memberi amaran bahawa keganasan politik sudah mencapai tahap “yang tidak dapat diterima sama sekali” di Mexico menjelang pilihan raya pada Julai. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? JOSE
JOSE
 ??  ?? LOPEZ
LOPEZ
 ??  ?? RICARDO
RICARDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia