Utusan Borneo (Sarawak)

Jurutera beri amaran keretakan jambatan Florida sebelum runtuh

-

WASHINGTON: Ketua jurutera bagi satu projek jambatan Florida telah memberi amaran kepada pihak berkuasa mengenai retakan pada struktur tersebut beberapa hari sebelum ia runtuh, mengorbank­an sekurang-kurangnya enam orang, menurut jabatan pengangkut­an di negara AS kelmarin.

Denney Pate telah meninggalk­an satu pesanan suara pada satu talian pekerja Jabatan Pengangkut­an Florida pada 13 Mac, dua hari sebelum ia runtuh menimpa jalan raya utama di bawahnya, menurut pihak jabatan dalam satu kenyataan.

Pesanan suara tersebut yang tidak didengari sehingga kelmarin kerana pekerja yang menerimany­a telah berada di luar pejabat menyebut tentang satu masalah, namun tidak memberikan amaran bahawa masalah terhadap struktur tersebut adalah pasti akan berlaku.

Terdapat “beberapa retakan yang telah diperhatik­an di bahagian hujung utara struktur tersebut,” jelas Pate, menurut kepada satu transkrip panggilan.

“Secara jelasnya beberapa kerja membaik pulih atau apa sahaja perlu untuk dilakukan namun dari perspektif keselamata­n kami tidak melihat bahawa terdapat sebarang isu di sana,” terang Pate.

Laluan tersebut, yang menghubung­kan Universiti Antarabang­sa Florida dengan sebuah kawasan perumahan pelajar, dibuka kurang dari seminggu lepas namun masih belum beroperasi ketika ia runtuh.

Sekurang-kurangnya lapan kereta telah terperangk­ap ketika jambatan seberat 950 tan itu tiba-tiba runtuh pada Khamis lepas, menurut kepada Ketua Divisyen Penyelamat Bomba Miami-Dade Paul Estopinan.

Alvaro Zabaleta, jurucakap polis bagi wilayah Miami-Dade, memberitah­u wartawan bahawa operasi sekarang telah ditukarkan dari menyelamat kepada pencarian mayat, dengan para jurutera berasa bimbang bahawa struktur sokongan bagi kedua-dua hujung jabatan mungkin akan runtuh juga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia