Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas PM Vietnam berjaya pacu ekonomi meninggal dunia

-

HANOI: Bekas perdana menteri Vietnam Phan Van Khai, yang membantu memperkuku­hkan hubungan dengan AS dan memacukan perubahan pasaran yang membangkit­kan ekonomi negara komunis ini, telah meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun, menurut pihak kerajaan.

Seorang ahli ekonomi yang dilatih di Soviet berasal dari selatan Vietnam, Khai memegang jawatannya selama sembilan tahun bermula pada 1997, satu tempoh perubahan yang melihat Vietnam berubah menjadi salah satu dari ekonomi pantas berkembang di Asia Tenggara.

Khai juga melakar sejarah sebagai pemimpin pertama pascapeper­angan di negara ini yang melawat Washington pada 2005, satu lawatan mercu tanda yang membantu mengeratka­n lagi hubungan di antara bekas musuh zaman perang.

Satu kenyataan kerajaan mengumumka­n kematian bekas perdana menteri tersebut pada awal pagi semalam telah memuji “semangat inovasi beliau.”

Beliau “telah menggunaka­n kemampuan se- luruh sektor ekonomi, terutama sektor swasta, sejajar dengan pembukaan dan integrasi antarabang­sa ( di negara ini),” menurut kenyataan.

Ia tidak menyebut tentang punca kematian Khai, walaupun kesihatan beliau telah dilaporkan tidak baik sejak beberapa minggu.

Ketika bekas perdana menteri itu membantu membuka ekonomi negara komunis dan melancarka­n ia ke peringkat dunia, pentadbira­n beliau tidak melakukan pelepasan dari pemerintah­an satu parti yang menindas di Vietnam’ di tanah air, di mana media bebas adalah tidak dibenarkan dan pengkritik biasanya dipenjarak­an.

Kerajaan beliau turut dibelenggu oleh masalah rasuah.

Dilahirkan pada 25 Disember, 1933 di daerah subbandar Cu Chi di Bandar Ho Chi Minh, Khai menjadi seorang aktivis politik pada usia 14 tahun dengan menyertai satu pergerakan revolusi kanak-kanak menentang rejim pemerintah­an koloni Perancis.

Beliau kemudian telah menyertai parti komunis pada usia 26 tahun, sejurus selepas dihantar untuk melanjutka­n pelajaran di Moscow dari 1960 hingga 1965.

Beliau kemudian menjadi datuk bandar bagi bandar Ho Chi Minh pada 1985, dan enam tahun kemudian telah menyertai badan pembuatan keputusan utama di Vietnam, politburo.

Sebelum memegang jawatan sebagai perdana menteri, Khai merupakan timbalan perdana menteri kepada penjaga dan mentornya Vo Van Kiet dari tahun 1991- 97.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia