Utusan Borneo (Sarawak)

UK beri jaminan akan siasat kematian gadis Mesir

-

LONDON: London cuba untuk memberikan jaminan kepada Kaherah kelmarin bahawa pihak polis Britain sedang menyiasat mengenai kematian seorang gadis Mesir, mangsa bagi satu serangan perusuh yang mencetuska­n kemarahan di negara asalnya.

Pelajar jurusan kejurutera­an Mariam Moustafa, 18, telah “ditumbuk beberapa kali”, di jalan raya di Nottingham, tengah England, menurut pihak polis, oleh sekumpulan wanita yang “mengancam dan bersifat kasar”, sebelum diekori sehingga ke dalam sebuah bas oleh kumpulan yang sama.

Separuh dari rakaman bagi serangan 20 Februari, dirakamkan di belakang bas, telah ditularkan di media sosial.

Moustafa telah ditinggalk­an dalam keadaan koma dan meninggal dunia akibat kecederaan pada Rabu lepas.

Kematian beliau telah mencetuska­n kemarahan di Mesir, terutama di mana laman sesawang media sosial.

Kedutaan Kaherah di London menyatakan “perasaan sangat bimbang terhadap orang awam Mesir adalah ketara” dan menyeru agar orang yang bertanggun­gjawab “dibawa ke pengadilan secepat mungkin”.

Setiausaha Asing British Boris Johnson menyatakan kelmarin bahawa dia berasa “sangat sedih dengan kematian itu”.

“Ucapan takziah saya kepada orang tersayang Mariam. Saya telah dimaklumka­n Menteri Luar Negara Mesir ( Sameh) Shoukry bahawa pihak Polis Nottingham­shire sedang menyiasat kes tersebut.”

Ayah remaja perempuan tersebut Mohamed Moustafa, 50, menyatakan: “Saya inginkan keadilan buat anak perempuan saya, bukan sahaja anak perempuan saya namun ini tidak sepatutnya berlaku terhadap gadis atau remaja lelaki lain.

“Anak perempuan saya adalah seperti seorang bidadari. Beliau akan melakukan apa sahaja untuk sesiapa pun.

“Beliau sangat bermakna buat saya.”

Polis Nottingham­shire menyatakan ia sedang mengambil kira serangan itu secara “sangat serius” dan telah “bekerja keras untuk menentukan punca kejadian”.

Memberikan respons terhadap beberapa kenyataan dalam media sosial, ia menyatakan buat masa sekarang terdapat “tiada maklumat yang menyatakan serangan sebagai bermotifka­n kebencian, namun kami terus untuk berfikir secara terbuka.”

Seorang gadis berusia 17 tahun telah diberkas kerana disyaki bagi serangan menimbulka­n kecederaan badan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia