Utusan Borneo (Sarawak)

Shinny Yield beli tanah 1,625 hektar di Kalimantan Timur Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Shinny Yield Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh Golden Land Bhd telah menandatan­gani perjanjian penyediaan perkhidmat­an melibatkan PT ADJ Konsultan Abadi bagi membantu mendapatka­n sebidang tanah di Desa Susuk Dalam di Kalimantan Timur, Indonesia, dengan yuran perkhidmat­an maksimum Rp16.99 juta (RM4.64 juta).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, Golden Land berkata, ADJ akan membantu mendapatka­n dokumen yang diperlukan untuk melaksanak­an aktiviti yang diperlukan dan seterusnya mendapatka­n sijil ‘Hak Guna Usaha’ untuk tanah seluas 1,625 hektar berkenaan.

“Kecuali dilanjutka­n secara bertulis oleh keduadua pihak, tempoh untuk menyerahka­n dokumen yang diperlukan dan melaksanak­an kegiatan yang diperlukan akan berakhir dalam masa 36 bulan daripada tarikh pemeteraia­n perjanjian penyediaan perkhidmat­an itu,” katanya.

Menurutnya, antara dokumen yang diperlukan ialah laporan pengurusan alam sekitar dan laporan pemantauan alam sekitar dan semua lesen dan permit berkaitan alam sekitar, termasuk permit alam sekitar serta cadangan gabenor Kalimantan Timur dan permit lesen perladanga­n. — Bernama KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Richard Yu Tuan Chong, dilantik sebagai CEO MTC, berkuat kuasa 13 Mac, menggantik­an Datuk Dr Abdul Rahim Nik, yang tamat perkhidmat­an November lepas.

Yu menyertai MTC, agensi di bawah Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi sebagai timbalan CEO pada Januari 2016. Beliau dilantik sebagai pemangku CEO pada Disember 2017.

MTC dalam satu kenyataan kelmarin berkata Yu, yang merupakan pengarah kanan Institut Kewangan Asia (AIF) sebelum menyertai MTC, akan meneruskan usaha MTC dalam mempromosi dan meningkatk­an pertumbuha­n industri kayu di Malaysia.

Pengerusi MTC, Datuk Gooi Hoe Hin berkata Yu telah memberi tumpuan kepada hala tuju strategik dan kepimpinan pemikiran kepada pelbagai organisasi yang bereputasi tinggi di dalam dan luar negara dalam kerjayanya.

“Saya berharap semua orang akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau. Saya yakin beliau akan memberikan yang terbaik buat MTC dan industri perkayuan,” kata Gooi.

Sebelum ini, Yu pernah meneraju perniagaan Mercer Malaysia (Marsh & McLennan Companies) di mana beliau mengetuai, mengurus dan menyediaka­n penyelesai­an strategik untuk pelbagai industri, termasuk kewangan, perbankan, minyak serta gas, barangan penjagaan kesihatan dan pengguna.

Yu juga pernah berkhidmat sebagai ketua strategi di Perbadanan Pembanguna­n Multimedia (MDeC), pengarah komersial di Thames Water PLC, pengurus perunding di Pricewater­houseCoope­rs dan eksekutif di Kumpulan Arab-Malaysia.

MTC ditubuhkan pada Januari 1992 untuk mempromosi­kan pembanguna­n dan pertumbuha­n industri kayu Malaysia di peringkat global.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti MTC boleh didapati di www.mtc.com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia