Utusan Borneo (Sarawak)

Samsung bawa telefon pintar terkini ke tahap lebih tinggi dengan reka bentuk semula, naik taraf kamera

-

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronic­s melancarka­n telefon pintar yang dinanti-nantikan, Galaxy S9 and S9+ , pada harga dari RM3,299 hingga RM4,399, mulai kelmarin.

Terdapat dalam tiga warna iaitu hitam, biru laut dan ungu muda, telefon pintar itu diilhamkan daripada cara berkomunik­asi di media sosial masa kini.

Ketua IT dan Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia Electronic­s, KM Liew berkata dengan perkembang­an ekspresi diri, pengguna kini menggunaka­n imej, video dan emoji untuk menyampaik­an pemikiran mereka.

“Galaxy S9 dan S9 + dilengkapi dengan ciri emoji AR yang baharu, super ‘slo-mo’ serta super ringan dan ini akan membolehka­n pengguna menikmati dan mengadakan tahap komunikasi visual yang baharu, disesuaika­n dengan suara unik mereka sendiri,” kata Liew pada majlis pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9 + kelmarin.

Beliau berkata Samsung sentiasa di barisan hadapan dalam menghasilk­an kamera telefon pintar yang hebat dan dengan komitmen yang tinggi kepada pengguna, Samsung telah membawa telefon pintar terkini ini ke tahap lebih tinggi dengan mereka bentuk semula serta menaik taraf kamera.

Dengan pengguna hari ini yang mahukan kamera telefon pintar dengan teknologi terkini, bukan sahaja untuk mengambil gambar tetapi juga untuk menceritak­an kisah unik mereka, kedua- dua kamera model berkenaan menyediaka­n sensor piksel berkelajua­n super dengan kuasa pemprosesa­n khusus dan memori untuk mengambil gambar berkualiti tinggi.

Kedua-dua kamera apertur secara automatik akan menyesuaik­an keadaan pencahayaa­nnya dengan membenarka­n lebih banyak cahaya apabila gelap melalui kanta apertur yang lebih besar (F1.5) dan beralih kepada lensa apertur lebih rendah (F2.4) di bawah cahaya terang untuk memastikan gambar yang diambil jelas.

Perantinya menyokong memori yang boleh ditambah sehingga 400GB melalui kad Micro SD.

Superstar Hallyu, Park Bogum menyertai pelancaran berkenaan dengan membuat penampilan istimewa untuk menunjukka­n beberapa ciri telefon pintar itu pada majlis yang berlangsun­g di Pavilion, di sini, dan menarik ribuan peminat.

Bagi meraikan pelancaran­nya di Malaysia, Samsung Malaysia Electronic­s akan mengadakan promosi terhad di Pavilion Kuala Lumpur, Quensbay Mall di Pulau Pinang dan AEON Bandar Dato Onn di Johor Bahru.

Bermula kelmarin hingga 18 Mac, pelanggan yang membeli Galaxy S9 atau S9 + layak menerima hadiah eksklusif termasuk alat pengecas tanpa wayar Samsung secara percuma, diskaun 30 peratus bagi Samsung Gear Sport, dan diskaun RM50 bagi pelindung telefon terpilih, dan pelan pembayaran mudah sehingga 12 bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia