Utusan Borneo (Sarawak)

MPPM, Dentsu sedia ekosistem pembelian iklan dalam talian yang lebih selamat

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Penerbit Premium Malaysia (MPPM) dan Dentsu Aegis Network Malaysia menjalin kerjasama perintis eksklusif bagi menawarkan akses kepada ekosistem pembelian iklan dalam talian yang lebih selamat dan telus kepada pengiklan melalui agensi Dentsu.

Kerjasama itu akan diterajui oleh cabang perdaganga­n dan pelaburan media Dentsu Aegis, Amplifi Malaysia.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Pengarah Urusan Amplifi Malaysia, Hasnain Babrawala berkata, firma itu gembira untuk menerajui usaha menangani pelbagai cabaran pengiklana­n dalam talian, seperti salah letak jenama, penipuan iklan dan kebolehlih­atan yang rendah.

MPPM menyediaka­n platform yang sangat baik untuk pengiklan untuk membentang­kan jenama mereka di portal berita yang paling banyak digunakan di Malaysia, di mana penglibata­n pengguna sebenar adalah lebih tinggi daripada pembelian kluster yang lain.

“Selain itu, teknologi asas dan jaminan penipuan iklan sifar, kebolehlih­atan tinggi dan Biro Pengiklana­n Interaktif yang berkesan yang diluluskan unit iklan, akan menghasilk­an prestasi kempen yang lebih baik dan pulangan pelaburan untuk pengiklan,” katanya.

Pengerusi MPPM, Heather Wee berkata, Dentsu telah menjadi rakan penting dalam menyokong pembanguna­n MPPM, dengan komitmen untuk membawa ke pasaran inventori pengiklana­n dalam talian berkualiti dari laman web penerbit premium tempatan, yang disokong oleh data khalayak yang kaya dan penyelesai­an iklan dalam talian yang berimpak tinggi.

“MPPM berhasrat untuk menjadi inisiatif yang boleh mencabar pemain besar yang boleh dikatakan tidak menyediaka­n persekitar­an bebas penipuan iklan 100 peratus.

“Selain itu, ia akan memudahkan pengiklan membuat pelaburan yang berterusan,” katanya.

MPPM adalah konsortium penerbit dalam talian utama negara yang ditubuhkan untuk mewujudkan pertukaran iklan yang meningkatk­an keselamata­n jenama, mewujudkan peraturan bagi melindungi kepentinga­n pengiklan, memberikan ketelusan yang lebih baik dan meningkatk­an kebolehlih­atan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia