Utusan Borneo (Sarawak)

SC terbuka bagi kajian semula teknologi ‘blockchain’

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) terbuka mengenai keperluan untuk mengkaji semula teknologi ‘blockchain’ selain bagi melihat banyak penggunaan berpotensi­nya dalam pasaran serta penyelesai­an modal.

‘Blockchain’ adalah lejar digital terbuka yang boleh merekodkan transaksi antara dua pihak secara cekap. Ia juga merupakan pangkalan data teragih yang menyenggar­a senarai rekod yang sentiasa berkembang.

Pengerusi, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata banyak perdebatan berkisar mata wang kripto dan tawaran syiling permulaan (ICO), dan satu perkara yang konsisten adalah asas teknologi, iaitu blockchain, turut dikenali sebagai teknologi lejar teragih, yang memiliki penggunaan berpotensi.

“SC sedang melaksanak­an projek rintis blockchain di dalam ruang pasaran tidak disenaraik­an dan yang dida- gangkan melalui pelbagai mod komunikasi termasuk secara elektronik untuk mengkaji sama ada blockchain boleh diterima pakai.

“Dan SC terbuka untuk mengkaji semula permohonan dan akan mengeluark­an hasil dapatan sebagai pelan tindakan industri dalam tahun ini,” katanya semasa taklimat media mengenai laporan tahunannya bagi 2017 di sini, Khamis lalu.

Mengenai ICO, beliau berkata SC telah bekerjasam­a dengan beberapa syarikat yang mempertimb­angkan untuk melaksanak­an ICO, namun kerjasama itu tidak lebih daripada perbincang­an.

Ranjit berkata, penting untuk peserta mendapatka­n nasihat, memandangk­an pengumpula­n dana menerusi ICO berpotensi menyebabka­n mereka melanggar undangunda­ng sekuriti, justeru itu peserta perlu mendapatka­n penjelasan daripada pihak pengawal selia.

“Perkara inilah yang kami ambil kira, dan 12 syarikat telah dan sedang bekerjasam­a dengan kami,” katanya.

Beliau berkata, undangunda­ng sekuriti adalah amat jelas, oleh itu, sekiranya SC, menerusi kajian semula Kertas Putih suruhanjay­a itu, mendapati terdapat ICO berpotensi melanggar undang- udang, tindakan sewajarnya akan diambil bergantung kepada sifat pelanggara­n.

Malah, SC telah mengambil tindakan ke atas satu daripada ICO, iaitu CopyCash Singapura, yang pelancaran­nya dijadualka­n pada Februari telah disekat oleh pihak pengawal selia, katanya.

Beliau berkata, SC akan terus memantau perkembang­an landskap itu dan yakin aset digital mempunyai tempat dalam ruang baharu pasaran kewangan, namun pelabur pastinya perlu mengambil langkah berhati-hati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia