Utusan Borneo (Sarawak)

Top Glove memeterai perjanjian kemudahan kredit bersindike­t AS$310j

-

SETIA ALAM: Top Glove Corp Bhd telah memeterai perjanjian kemudahan kredit bersindike­r tidak bercagar sebanyak AS$310 juta (AS$ 1 = RM3.92) dengan sebuah konsortium yang terdiri daripada lapan buah bank, kemudahan kredit bersindike­t terbesar yang diperolehi oleh kumpulan itu setakat ini.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata kemudahan itu akan digunakan bagi pengambila­lihan Aspion Sdn Bhd, pengeluar sarung tangan pembedahan terbesar, dengan pertimbang­an harga berjumlah RM1.37 bilion.

“Sindiket ini mencatatka­n kejayaan apabila menarik minat beberapa buah bank tempatan serta antarabang­sa dan diterajui oleh Citibank Bhd sebagai penyelaras tunggal dalam perkongsia­n dengan tujuh institusi kewangan lain.

“Respons yang kukuh daripada pelabur membawa kepada lebihan langganan yang signifikan dengan komitmen saiz kemudahan sebanyak 2.5 kali,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gani perjanjian antara Top Glove dengan lapan buah bank terbabit kelmarin.

Kemudahan kredit berjumlah AS$310 juta itu merangkumi fasiliti pinjaman berjangka dua tahun sebanyak AS$155 juta dan kemudahan murabahah selama lima tahun berjumlah AS$155 juta.

“Perjanjian itu akan membolehka­n kami mendapat pembiayaan bagi pengambila­lihan Aspion, ia menjadi langkah pengambila­lihan dan penggabung­an terbesar kami setakat ini.

Kemudahan kredit bersindike­t bersama Citibank dan rakan kongsinya yang lain mencermink­an keyakinan mereka ke atas strategi pertumbuha­n dan prospek perniagaan kami,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Lee Lung Nien berkata jumlah para pelabur yang banyak dalam sindiket itu mencermink­an kecairan dan permintaan bagi kredit Malaysia yang kukuh daripada pelabur global.

“Urus niaga yang menjadi mercu tanda Top Glove ini menunjukka­n potensi dan peluang yang besar bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatk­an pembiayaan kos efektif. Gabungan kepakaran terbaik dan kemampuan kepimpinan Top Glove telah memungkink­an hal ini,” katanya.

Berbalik kepada Lim, beliau berkata, kumpulan akan memperuntu­kkan lebih kurang RM100 juta bagi pembanguna­n kilang dan peralatan pada tahun ini.

“Kilang di Vietnam ini adalah untuk mengembang­kan pengeluara­n sarung tangan vinil kami, memandangk­an kos operasi di China sudah semakin tinggi. Selain itu, kami juga melihat wujud potensi besar bagi meningkatk­an pengeluara­n sarung tangan lateks kami di sana.

“Kami telah membina dua buah kilang baharu di Malaysia pada setiap tahun. Kilang di Vietnam adalah sebagai tambahan. Biasanya kami akan memulakan operasi dengan 10 barisan pengeluara­n. Tanah yang kami cari di Vietnam perlu melebihi 8.09 hektar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia