Utusan Borneo (Sarawak)

Sempena pembukaan rasmi, CS akan adakan promosi istimewa sepanjang minggu ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Cawangan baharu CS Mini Market Sdn Bhd kini dibuka secara rasminya di Bukit Berangan, Jalan Datuk Mohamad Musa, Kota Samarahan.

Majlis perasmian pembukaan pasar raya itu semalam disempurna­kan Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan ( MPKS) Dato Peter Minos bersama isteri Datin Amy Minos, Pengurus Besar CS Mini Market Liew Leong Yee, Pengarah Urusan CS Mini Market Voon Chung Qiang, Pengurus Cawangan Voon Choon Hui dan kakitangan CS Mini Market lain.

“Syabas dan tahniah kepada CS Mini Market kerana membuka cawangan baharu mereka di Kota Samarahan ini.

“Dengan adanya pasar raya ini, ia akan memudahkan penduduk setempat membeli dan mendapatka­n barangan keperluan mereka pada harga berpatutan,” kata Minos dalam ucapan perasmiann­ya semalam.

Tambahnya, Kota Samarahan merupakan bahagian yang pesat membangun dan pembukaan pasar raya itu adalah bertepatan bagi memenuhi keperluan penduduk yang kian bertambah di situ.

Sementara itu, Qiang dalam ucapannya berkata, pihaknya akan menjanjika­n keselesaan kepada pelanggann­ya yang berkunjung di pasar raya itu.

Pada majlis pembukaan rasmi itu, CS Mini Market di Jalan Datuk Mohamad Musa turut mengadakan promosi istimewa sepanjang minggu ini.

CS Mini Market Sdn Bhd Jalan Datuk Mohamad Musa bersebelah­an Kampung Bukit Berangan itu dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 malam. KUALA LUMPUR: Iklim pelaburan pada 2018 berpotensi untuk menjadi lebih baik berbanding 2017, melihat kepada situasi ekonomi makro yang positif, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Angka ekonomi makro sebenarnya sangat positif. Tahun lepas ekonomi berkembang sebanyak 5.9 peratus dan tahun ini kita menjangkak­an pertumbuha­n antara lima peratus dan 5.5 peratus.

“Sebenarnya, terdapat petanda keluaran dalam negara kasar berkembang lebih baik daripada itu,” katanya pada taklimat media sempena sambutan ulang tahun ke-40 PNB, yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Khamis lalu.

Bagaimanap­un, katanya, apa yang penting adalah memastikan pertumbuha­n ekonomi yang kukuh diterjemah­kan menjadi keuntungan korporat yang lebih baik

Sebelum ini dilaporkan bahawa PNB berharap syarikat korporat Malaysia akan mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan yang lebih tinggi berbanding 6.9 peratus yang diunjurkan tahun ini.

“Ia bukan sekadar hanya untuk meningkatk­an kuantiti tetapi kita juga mahukan syarikat korporat Malaysia menambah baik keuntungan mereka dan mengoptimu­mkan kos mereka. Ini akan menjadi fokus kami pada 2018,” katanya sambil menambah PNB akan mengeluark­an Laporan Tahunan 2017 serta mengumumka­n dividen Amanah Saham Bumiputera 2 pada 29 Mac.

Sementara itu, dalam ucapan beliau, Najib, yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) iaitu yayasan di mana PNB bernaung, mengumumka­n sagu hati istimewa sebanyak RM2,000 kepada setiap 1,500 warga PNB yang akan mula disalurkan pada Mei ini.

Najib berkata, ia diberikan bagi meraikan ulang tahun ke40 dan pencapaian cemerlang syarikat pengurusan dana terbesar negara itu sepanjang ditubuhkan. — Bernama

 ??  ?? RASMI: Minos ditemani Amy (tiga kiri), Qiang (tiga kanan), Liew (dua kiri) dan Hui (kanan) serta yang lain menyempurn­akan simbolik perasmian CS Mini Market Jalan Datuk Mohamad Musa.
RASMI: Minos ditemani Amy (tiga kiri), Qiang (tiga kanan), Liew (dua kiri) dan Hui (kanan) serta yang lain menyempurn­akan simbolik perasmian CS Mini Market Jalan Datuk Mohamad Musa.
 ??  ?? KINI DIBUKA: CS Mini Market Jalan Datuk Mohamad Musa, Kota Samarahan.
KINI DIBUKA: CS Mini Market Jalan Datuk Mohamad Musa, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia