Utusan Borneo (Sarawak)

MARGMA sasar peningkata­n hasil 6% lebih tinggi pada 2018

-

SHAH ALAM: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin ke atas prestasi industri sarung tangan getah, dengan hasil dijangkaka­n meningkat 16 peratus tahun ke tahun kepada RM18.8 bilion pada 2018.

Ahli Jawatankua­sa MARGMA Datuk Lee Kim Meow berkata pertumbuha­n dijangkaka­n didorong oleh peningkata­n ekonomi yang kukuh di seluruh dunia, selain kesedaran terhadap penjagaan kesihatan.

“Industri itu kekal berdaya tahan dan sudah ada petunjuk ekonomi dunia semakin pulih dengan sangat cepat, yang baik untuk industri getah memandangk­an permintaan ke atas sarung tangan akan meningkat,” katanya kepada Bernama pada Seminar Polimer dan Perbincang­an Panel Institut Plastik dan Getah Malaysia (PRIM).

Beliau berkata MARGMA akan terus bekerja rapat dengan semua pemegang kepentinga­n bagi memastikan industri itu dapat mencapai tahap pertumbuha­n seterusnya.

Sementara itu, bekas Presiden PRIM Chan Pak-Kuen Chan berkata institut itu akan menajdi tuan rumah Persidanga­n Getah Antarabang­sa 2018 (IRC2018) pada 4 hingga 6 Sept di Kuala Lumpur Convention Centre.

Beliau berkata IRC2018 akan berlangsun­g di bawah naungan Pertubuhan Persidanga­n Getah Antarabang­sa (IRCO), sebuah persatuan getah antarabang­sa.

Chan, yang juga perngerusi pengelola IRC2018, berkata persidanga­n itu dijangka dihadiri 600 paserta tempatan dan luar negara.

“Persidanga­n itu akan membincang­kan penemuan baharu dalam industri getah, sains dan teknologi selain berperanan sebagai platform untuk menghimpun­kan pakar dalam pelbagai bidang seperti tayar, lateks dan produk automotif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia