Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n Malaysia-Australia meningkat 23.7%

-

SYDNEY: Jumlah perdaganga­n antara Malaysia dan Australia meningkat sebanyak 23.7 peratus kepada RM52.48 bilion tahun lepas daripada RM42.43 bilion pada 2016.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Negeri, Datuk Ramlan Ibrahim berkata eksport Malaysia meningkat sebanyak 20.8 peratus kepada RM32.39 bilion berbanding RM26.82 bilion sebelumnya.

Beliau berkata jumlah import mencecah RM20.09 bilion, naik 28.7 peratus daripada RM15.61 bilion pada 2016.

“Australia merupa- kan rakan dagang ke- 12 terbesar Malaysia pada 2017. Malaysia seterusnya merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Australia,” katanya kepada media Malaysia di sini, kelmarin, sempena dengan Sidang Kemuncak Khas ASEAN- Australia, pada hujung minggu ini.

Beliau berkata dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia adalah rakan dagangan dan destinasi import kedua terbesar Australia selepas Thailand, dan sumber eksport ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia.

“Eksport kita ke Australia pada 2017 termasu- klah petroleum mentah, produk petroleum, produk elektrik dan elektronik dan mesin, peralatan dan bahagian- bahagian manakala import utama kita ialah logam dikilangka­n, produk perlombong­an dan hasil pertanian serta makanan diproses,” katanya.

Jumlah perdaganga­n antara ASEAN dan Australia ialah sebanyak A$ 93.2 bilion ( A$ 1 = RM3.05) pada 2016, berbanding A$ 12.4 bilion dalam perdaganga­n dua hala makanan tani.

Dari segi pelaburan, Ramlan berkata Australia merupakan sumber pelaburan langsung asing ke- 15 terbesar Malaysia pada tahun lepas.

“Dari 1982 hingga September 2017, 533 projek pembuatan dengan penyertaan dari Australia diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM23.55 bilion. Dari Januari hingga Jun 2017, jumlah pelaburan luar negara dari Malaysia ke Australia berjumlah RM618.63 juta,” katanya.

Australia menganjurk­an Sidang Kemuncak Khas ASEAN- Australia di sini dan delegasi Malaysia akan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia