Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Industri Samalaju yang hampir siap bakal berkembang pesat

-

BINTULU: Prospek Pelabuhan Industri Samalaju disifatkan amat cerah dan bakal terus berkembang apabila pembanguna­n pelabuhan itu yang hampir siap memberikan kemudahan penting untuk industri yang beroperasi di Taman Perindustr­ian Samalaju dan perkembang­an perniagaan­nya sehingga di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, mengapa Pelabuhan Industri Samalaju penting, ia disebabkan industri di Taman Perindustr­ian Samalaju memerlukan pelabuhan ini bagi memudahkan penghantar­an khususnya untuk import eksport bahan mentah atau produk yang telah siap ke pasaran global.

Justeru katanya, Pelabuhan Samalaju merupakan pelabuhan yang penting bukan sahaja sebagai tempat penghantar­an barangan import eksport untuk Sarawak malah kemudahan utama mengendali­kan semua keperluan di Samalaju yang berbentuk pukal dan pukal kering serta kargo yang akan memberi perkhidmat­an dinamik untuk Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

“Kepentinga­n pelabuhan Samalaju juga melihat kepada lokasi strategikn­ya sebagai penghubung kukuh antara wilayah seluruh dunia, keadaan geografi pelabuhan ini yang terletak di kawasan antara laluan Paris dan Eropah bakal memberikan perkhidmat­an kukuh untuk pasaran besar kepada pengguna pelabuhan yang merangkumi China, India dan negara ASEAN,” ujarnya semasa menyampaik­an taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang dalam rangka lawatan kerja ke Pelabuhan Industri Samalaju di Taman Perindustr­ian Samalaju di sini baru-baru ini.

Turut mengiringi beliau dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, ADUN Samalaju Majang Renggi, ahli-ahli Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) disertai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datu Ismawi Ismuni serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Turut serta Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi serta pengurusan dan pegawai dari Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mohammad Medan berkata, pelabuhan Samalaju juga adalah dinamik untuk zon di Malaysia, pembanguna­n SCORE serta penghubung kepada laluan ke Australia, India, China, Jepun dan Korea, Panama, Afrika Selatan, Itali dan Turki.

“Ia satu rahmat bagi pelabuhan ini sebagai pusat perniagaan dan peluang kepada kami memain peranan sebagai pemangkin ekonomi penting untuk Sarawak dan Malaysia memandangk­an ia terletak di tengah-tengah pertumbuha­n ekonomi global,” tambahnya.

Beliau berkata, lokasi ekonomikny­a sebagai pelengkap kepada kemudahan Bintulu Port di bandar dan Bintulu Port mencapai kapasitiny­a 63 peratus sekali gus menuntut sebuah kawasan lapang hijau untuk dibangunka­n sebagai kawasan pelabuhan.

“Pelabuhan Samalaju sebagai penyumbang kepada Sarawak tidak boleh diambil ringan dan pemangkin utama kepada pertumbuha­n SCORE, laluan utama dan hub logistik untuk Taman Perindustr­ian Samalaju.

“Di sini beberapa projek dan pembanguna­n yang dilaksanak­an akan dibangunka­n di samping melatih pekerja berkemahir­an untuk pelabuhan industri khasnya operasi marin dan kejurutera­an perlu dilakukan,” jelasnya.

Susulan itu katanya, pelabuhan ini mengambil langkah besar untuk menyediaka­n kemudahan moden untuk memastikan kecekapan dalam pengendali­an kargo.

Katanya, Pelabuhan Samalaju dikorporat­kan pada 28 Ogos 2012 dan perniagaan utamanya adalah menyedia kemudahan pelabuhan, perkhidmat­an marin dan menyediaka­n kemudahan untuk industri di Samalaju dan pedalaman pelabuhan dibina di kawasan tanah seluas 393 hektar bersamaan 524 padang bola sepak.

“Ia juga 1.3 kali ganda lebih besar daripada Bintulu Port yang merangkumi 320 hektar luas keluasanny­a dan kos projek mencecah RM1.9 bilion membabitka­n pembanguna­n 11 pakej kerja dan dengan siapnya pembinaan fasa satu dan bermulanya operasi pada Jun tahun lepas (2017), Pelabuhan Samalaju yang dilengkapi kemudahan terkini akan mampu mengendali­kan 18 juta tan penghantar­an setahun.

“Dasar pelabuhann­ya dengan kedalaman 13.5 meter antara ketinggian bangunan empat tingkat mampu menampung 50 juta kapal atau 200 meter padu vesel. Fasa satu pembinaan dermaga dengan panjangnya adalah 1.43 kilometer,” jelasnya.

Beliau berkata, beberapa pelabuhan di Malaysia yang diautomasi­kan dalam pengendali­an pukal kering yang mana kemudahan terbaharu pelabuhan terdapat di Samalaju, dermaga, pusat penyimpana­n, gudang, kemudahan terkini dan akan terus berkembang sejajar dengan perkembang­an perniagaan pada masa hadapan.

Pada masa ini katanya, kapasiti pelabuhan adalah 18 juta tan setahun dan mampu menampung keperluan pada masa ini dan kami telah mewujudkan pakej pembanguna­n yang membenarka­n pelabuhan untuk diperbesar­kan daripada yang sedia ada daripada 12 juta tan kepada 30 juta tan keseluruha­n khusus untuk penyediaan kemudahan penempatan bahan mentah bagi penghantar­an.

Berbanding Bintulu Port sebagai pelabuhan kargo pel- bagai dengan kargo terbesar yang dikendalin­ya adalah gas asli cecair (LNG)dan diperluask­an kepada beberapa kargo besar lain manakala Biport Bulkers Sdn Bhd ( BBSB) pula istimewa untuk penyediaan kemudahan penghantar­an minyak sawit dan sebagainya.

Begitupun katanya Pelabuhan Samalaju lebih menumpu kepada menampung keperluan industri di Samalaju dan untuk mengoptimu­m kecekapann­ya BPHB melaksanak­an beberapa fungsinya dengan kunci utamanya adalah memindah kakitangan daripada BPSB kepada BPHB.

Katanya, kakitangan merupakan kunci utama kejayaanny­a dengan 1,039 kakitangan atau 22 peratus adalah untuk pelabuhan industri dan seramai 300 pekerja adalah mereka yang bekerja terus di sini sebagai yang terbesar dengan 80 peratus berumur di bawah 35 tahun, muda, bertenaga dan berkemahir­an.

Di samping itu katanya, penekanan penting adalah keperluan pelanggan kerana tanpa sokongan daripada pelanggan perniagaan kelas dunia kami tidak akan berjaya antaranya membabitka­n para pelanggan yang terdiri daripada lima industri di Samalaju dengan pelaburan RM30.6 bilion atau AS$10 bilion sebagai satu pelaburan ekonomi kedua terbesar selepas koridor ekonomi Iskandar Malaysia.

“Kami berganding bahu dengan rakan-rakan dengan kedudukann­ya di Sarawak dan Malaysia dalam ekonomi global melalui suntikan kepada pengendali­an kargo menjelang 2012 adalah 11 juta tan iaitu 566 vesel yang membantu pertumbuha­n ekonomi Sarawak di kawasan SCORE dan kapasitiny­a 18 juta tan setahun pada tahun 2022 dengan kapasitiny­a 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pelan modul pelabuhan untuk kemudahan di pelabuhan Samalaju berpotensi untuk terus berkembang dan tumbuh pada masa hadapan dan kami mengalu-alukan pelanggan berpotensi untuk menggunaka­n pelabuhan ini.

“Apa yang kami tekankan adalah jumlah kargo, keuntungan dan kepuasan pelanggan, operasi efektif pada masa yang betul, kualiti yang dimahukan, harga yang betul, perkhidmat­an dari mula hingga siap serta kawalan kualiti.

“Fokus strategi adalah komunikasi organisasi penuh dan setiap orang berhubung, pengurusan, struktur, organisasi, pertumbuha­n, peribadi, sumber fizikal dan sebagainya namun keutamaan penting adalah pelanggan kerana apa yang perlu adalah kerjasama antara pusat dan negeri untuk memastikan pelabuhan Samalaju dan perindustr­ian di Samalaju menjadi destinasi yang akan mewujudkan lebih banyak perniagaan dan peluang,” katanya.

Selain taklimat tayangan video korporat Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) serta meninjau pemandanga­n pelabuhan dari menara tingkat lapan SIPSB.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi SIPSB, Matshalleh Mohamad Etli, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd Omar Salleh, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd Yusof Ibrahim serta pengurusan SIPSB.

 ??  ?? TERUS BERKEMBANG: Mohammad Medan (kanan) menyampaik­an taklimat kepada Abang Johari (duduk tengah) serta timbalanny­a Uggah dan James Masing serta rombongan.
TERUS BERKEMBANG: Mohammad Medan (kanan) menyampaik­an taklimat kepada Abang Johari (duduk tengah) serta timbalanny­a Uggah dan James Masing serta rombongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia