Utusan Borneo (Sarawak)

RM100 juta untuk laksanakan Koridor Digital Utara Sabah: Salleh

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan melaksanak­an ‘Koridor Digital Utara Sabah’ bagi memantapka­n infrastruk­tur jalur lebar berkelajua­n tinggi di utara negeri itu.

Beliau berkata kos bagi melaksanak­an projek berkenaan dianggarka­n sebanyak RM100 juta.

“Projek ini bakal merangkumi jajaran pemasangan fiber dari Kudat hingga ke Tuaran ini juga turut menyokong pelan fiber seluruh negara yang saya telah umumkan pada 2017,” katanya ketika berucap merasmikan Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi MCMC Tan Sri Dr Halim Shafie, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail, Adun Tempasuk Datuk Musbah Jamli, ADUN Kada- maian Ukoh@Jeremy Malajad dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Salleh berkata rangkaian fiber di bawah pelan itu akan menghubung­kan premis di utara Sabah yang melibatkan kawasan bandar, pinggir bandar dan zon terpencil bagi membolehka­n segenap lapisan penduduk dapat mengambil manfaat dari ekonomi digital secara saksama.

Sementara itu, Dr Halim berkata bagi menjadikan kawasan Kudat hingga ke Tuaran sebagai kawasan digital, infrastruk­tur fiber diperlukan namun tarikh pelaksanaa­nnya masih dalam perancanga­n.

“Untuk Sabah bergerak ke arah digital, infrastruk­tur fiber amat diperlukan kerana infrastruk­tur fiber ini akan memberi kelajuan kepada internet. Kalau kita nak internet lebih murahpun infrastruk­tur fiber itu perlu ada,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA ERAT: Salleh (tengah) bersama para kakitangan Jabatan Penerangan Sabah selepas menyampaik­an amanat pada Program Bersama Rakan Strategik anjuran Jabatan Penerangan Sabah malam kelmarin.
— Gambar Bernama KERJASAMA ERAT: Salleh (tengah) bersama para kakitangan Jabatan Penerangan Sabah selepas menyampaik­an amanat pada Program Bersama Rakan Strategik anjuran Jabatan Penerangan Sabah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia