Utusan Borneo (Sarawak)

RM20 juta laksana Komuniti Pintar Kota Belud 2.0

-

KOTA BELUD: Perbelanja­an tambahan sebanyak RM20 juta akan digunakan bagi melaksanak­an inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 bagi menambah baik Komuniti Pintar Kota Belud 1.0 yang dilaksanak­an sejak tahun 2016.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang melancarka­n inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 di sini semalam berkata RM20 juta berkenaan merupakan tambahan kepada RM70 juta yang telah dibelanjak­an pihak kerajaan dan swasta semasa pelaksanaa­n inisiatif pertama yang lepas.

“Hasil perbincang­an antara saya, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pejabat daerah dan syarikat swasta, inisiatif itu akan terus ditambah baik di bawah Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 dengan anggaran perbelanja­an tambahan RM20 juta.

“Ini merangkumi beberapa program utama seperti mewujudkan inisiatif penyelesai­an keselamata­n pintar dengan kolaborati­f Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Belud, penambahba­ikan Sistem Pemantauan Keselamata­n dan Paras Air Sungai (SAIFON) sedia ada serta meningkatk­an capaian komunikasi yang lebih baik di Kota Belud melalui penyediaan akses jalur lebar berkelajua­n tinggi rangkaian tetap dan tanpa wayar,” katanya.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan inisiatif itu di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi MCMC Tan Sri Dr Halim Shafie, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail, ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli, ADUN Kadamaian Ukoh@ Jeremy Malajad dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Menurut Salleh, di bawah Komuniti Pintar 2.0 berkenaan, sebuah pusat penempatan banjir yang dilengkapi dengan keupayaan digital dikenali sebagai ‘Digital Hall’ bakal diwujudkan dan ia akan berfungsi sebagai sebuah fasiliti yang boleh menyediaka­n kemudahan capaian Internet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk kegunaan orang ramai.

“Penambahba­ikan infrastruk­tur komunikasi di bawah Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 turut akan melibatkan teknologi baharu yang dikenali sebagai perkhidmat­an ‘Tanpa Wayar Ke Rumah’ atau ‘Wireless To The Home’ dengan singkatan sebagai teknologi WTTx. Ini bagi membantu meningkatk­an capaian Internet berkelajua­n tinggi di premis kediaman di Kota Belud.

“WTTx menggunaka­n teknologi jalur lebar tanpa wayar yang boleh menawarkan kelajuan antara 20 Mbps hingga 40 Mbps. Dengan penawaran perkhidmat­an Internet jalur lebar tanpa wayar melalui teknologi WTTx oleh Telekom Malaysia, ia diharap akan memberi penyelesai­an kepada masalah kesukaran untuk menyediaka­n infrastruk­tur rangkaian telekomuni­kasi melalui teknologi yang menggunaka­n wayar atau kabel di negara ini,” katanya.

Mengimbas kejayaan dicapai di bawah inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud 1.0, Salleh berkata banyak perubahan ketara dapat dilihat terutama penambahba­ikan infrastruk­tur telekomuni­kasi di Kota Belud sehingga penduduk daerah itu dapat menikmati jalur lebar 3G dan 4G lebih baik.

Katanya hasil inisiatif berkenaan telah menjadikan pulau tumpuan pelancong di Kota Belud iaitu Pulau Mantanani turut menikmati liputan jalur lebar selular 3G selain menjadikan Kota Belud antara daerah terawal di Malaysia menerima liputan LTE-Advanced.

“Kemudahan Internet berkelajua­n tinggi UniFi kini dapat dilanggan komuniti Pekan Kota Belud, hasil kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia. Sehingga Februari 2018, sebanyak 832 port telah disediakan untuk dilanggan dan saya menyeru orang ramai agar memanfaatk­an kemudahan Internet yang lebih laju ini sepenuhnya,” kata Salleh.

Menurut Salleh, sejak inisiatif berkenaan dilaksanak­an juga, sebanyak enam Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kota Belud diwujudkan MCMC untuk merapatkan jurang digital dalam memastikan masyarakat Kota Belud tidak ketinggala­n daripada kepesatan perkembang­an teknologi.

Katanya PI1M turut menyediaka­n pelbagai latihan dan program literasi ICT yang memberi manfaat kepada penduduk setempat, selain meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk melalui pelbagai latihan keusahawan­an dan sebagainya.

Salleh berkata inisiatif berkenaan juga telah memberi peluang kepada pelajar dan guru di Kota Belud mempelajar­i penghasila­n kandungan digital melalui Program Majalah Sekolah Digital (e-Majalah) dan telah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa apabila terpilih sebagai juara Hadiah Projek Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermakluma­t 2018 (WSIS PRIZES 2018) yang akan berlangsun­g di Geneva, Switzerlan­d pada 19 hingga 23 Mac ini.

Salleh berkata inisiatif berkenaan juga membolehka­n beberapa agensi lain seperti Pos Malaysia dan Bank Negara Malaysia turut memperkena­lkan perkhidmat­an masing-masing berasaskan teknologi digital di Kota Belud.

Salleh berkata beliau yakin segala penambahba­ikan yang telah dilaksanak­an di bawah Inisiatif Komuniti Pintar berkenaan telah banyak mengubah kehidupan penduduk di Kota Belud ke arah yang lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia