Utusan Borneo (Sarawak)

DBKK nilai empat terowong tinggalan Jepun

-

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha menilai empat terowong Jepun yang dibina pada Perang Dunia Kedua sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau berkata terowong berkenaan mampu dijadikan sebagai salah satu produk pelanconga­n bersejarah baharu di Sabah.

“Terowong ini adalah peninggala­n tentera Jepun untuk dijadikan sebagai tempat berlindung sekiranya berlaku pengeboman pada perang dunia kedua dahulu.

“Kita kenal pasti terowong ini sejak 2011 lagi namun belum sedar dan hanya barubaru ini kami terfikir ia berpotensi sebagai satu tarikan pelancong.

“Namun, sudah pasti kita perlu sediakan infrastruk­tur yang lebih selesa untuk aktiviti pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke tapak terowong Jepun peninggala­n Perang Dunia Kedua di sini pada Rabu.

Joannes berkata empat terowong yang dilawati itu terletak di belakang Dewan Masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu dan bukit Kampung Kopungit.

Namun katanya masih belum ada maklumat atau doku- mentasi mengenai terowong berkenaan.

“Justeru, kami bekerjasam­a dengan Muzium Sabah untuk mencari maklumat yang berkaitan. Buat ketika ini, kami masih lagi mencari fakta dan menilai terowong ini,” jelasnya.

Sementara itu, Joannes berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam sekitar serta Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) untuk mencari kaedah memajukan kawasan berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Muzium Sabah Mansur Asan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia