Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib politik Mawan akan ditentu PBB, BN

-

KUCHING: Nasib politik Tan Sri William Mawan Ikom kini akan ditentukan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN).

Pengalisis Politik Datuk Peter Minos berkata perkara itu jelas selepas Mawan mengesahka­n beliau menyertai PBB sejak 2016.

“William Mawan telah mengesahka­n beliau adalah ahli PBB. Bermakna terpulang kepada PBB menentukan nasib politiknya.Ini cukup jelas.

“Kita perlu menunggu apa yang bakal berlaku di kerusi Parlimen Saratok.

“Semua ini terpulang kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg selaku presiden PBB dan pengerusi BN Negeri,” katanya.

Menurutnya umum tahu Parti Demokratik Progresif ( PDP) mahu mempertaha­nkan kerusi tradisinya itu tetapi yang akan membuat keputusan akhir adalah ketua menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Diharap apabila keputusan telah dibuat oleh kedua-dua pucuk kepimpinan BN, semua pihak patuh dan menyokong BN.

“Ketua menteri ( Abang Johari) menegaskan sekarang realiti politik itu penting dan beliau telah melakukan perkara yang betul untuk menghilang­kan sebarang keraguan,” ujarnya.

Minos yang juga ahli veteran PBB berkata BN mesti berdiri dan bertindak sebagai satu (pasukan) bukan dua.

Ini kerana ujarnya, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menyaksika­n pertarunga­n sengit dan ada pihak mengatakan ia pilihan raya paling penting di Malaysia setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia