Utusan Borneo (Sarawak)

Shahriffud­din mengintai lima teratas ‘Order of Merit’ ADT

-

KUALA LUMPUR: Selepas muncul juara Order of Merit Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM) 2017, pemain golf muda negara, Shahriffud­din Ariffin kini mengintai kedudukan lima teratas Order of Merit Jelajah Pembanguna­n Asia (ADT) musim ini.

Pemain berusia 18 tahun itu yang muncul pemain paling muda meraih gelaran tersebut, berkata kedudukan baik di ADT penting untuk mendapat lebih banyak peluang beraksi di kejohanan berstatus Jelajah Asia.

Shahriffud­din yang menjadi pemain profesiona­l sejak berumur 15 tahun, turut mahu mencuba nasibnya mencari slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, walaupun sedar misi itu bukan mudah.

Tugas itu bukan mudah kerana maksimum dua kuota pemain akan diberikan kepada setiap negara yang tiada pemain berada di kedudukan 15 teratas ranking dunia, dengan juara Order of Merit Jelajah Asia 2017, Gavin Kyle Green yang menduduki ranking ke171 dunia, sudah pasti menjadi pilihan utama.

Selain Gavin, beliau terpaksa berdepan cabaran daripada pemain lain seperti Nicholas Fung, Ben Leong dan Arie Irawan dalam misinya ke Sukan Olimpik di negara matahari terbit itu.

“Saya tahu memang bukan mudah, tetapi saya kena tingkatkan latihan dan kekal fokus dalam setiap kejohanan disertai...perlu ada perancanga­n mengenai cuaca serta keadaan lapangan golf pada setiap kejohanan untuk meningkatk­an prestasi.

“Untuk tahun ini, saya berhasrat untuk menang tiga kejohanan PGM dan berada dalam kelompok lima teratas ADT supaya mendapat lebih banyak peluang beraksi di Jelajah Asia,” katanya.

Shahriffud­din muncul juara Order of Merit PGM Tour 2017 selepas mengumpul sejumlah RM137,962 daripada sembilan kedudukan dalam kelompok 10 teratas daripada 19 kejohanan PGM disertainy­a, berkelebih­an RM17,180 daripada pesaing terdekat, R. Nachimuthu yang menduduki tempat kedua.

Beliau mengecapi gelaran PGM pertamanya apabila menjuarai Kejohanan Tertutup PGM Melaka dari 23 hingga 26 Ogos lepas, di Tiara Melaka Golf & Country Club.

Shahriffud­din memulakan musim ini dengan meraih tempat kedua di Kejohanan Tertutup PGM Johor bermula 28 Feb hingga 3 Mac, namun pada Kejohanan Tertutup PGM Port Dickson pada hujung minggu lalu, beliau sekadar menamatkan saingan di tempat ke-27. — Bernama KUALA LUMPUR: Prestasi hambar di Kejohanan Terjun Siri Dunia pada musim ini bukan penghalang kepada Nur Dhabitah Sabri untuk mempamerka­n aksi cemerlang pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Nur Dhabitah, 19 tahun, yang akan berganding­an dengan penerjun senior, Leong Mun Yee berkata kegagalann­ya pada dua Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, China dan Fuji, Jepun itu tidak mematahkan semangatny­a untuk berbakti kepada negara.

“Apa yang perlu saya buat ialah teruskan latihan dengan lebih banyak lagi sebelum Sukan Komanwel bermula, sudah tidak ada rehat untuk saya dan semua penerjun negara. Dengan latihan yang teratur dan berkesan, saya yakin ia boleh bantu naikkan semangat saya kembali.

“Permulaan yang agak kurang baik musim ini bukan penghalang untuk saya tonjol rentak cemerlang di Sukan Komanwel. Sekarang saya sudah tahu apa kesalahan dan apa yang perlu diperbaiki sebagai persediaan ke temasya seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN), semalam.

Gandingan Nur Dhabitah dan Mun Yee gagal memperoleh sebarang pingat selepas dua Kejohanan Terjun Siri Dunia bermula pada awal bulan ini.

Mengulas lanjut mengenai persediaan serta keserasian bersama Mun Yee, Nur Dhabitah berkata walaupun sudah lama tidak beraksi dalam acara papan anjal namun Mun Yee berusaha membuat terjunan terbaiknya serta menunjukka­n peningkata­n positif dalam acara itu.

“Bagi saya Mun Yee seorang penerjun yang kuat. Walaupun baru dua Siri Dunia tapi beliau telah naikkan mata setiap terjunan yang kami buat bersama. Saya yakin Mun Yee boleh bantu saya di Sukan Koman- wel nanti,” katanya.

Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu akan bertanding dalam empat acara iaitu 1m papan anjal, 3m papan anjal serta 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama berganding­an dengan Mun Yee.

Sementara itu, Mun Yee yang merupakan pemenang pingat perak bersama Pan- delela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Sukan Komanwel 2010 di India berkata beliau bakal menghadapi cabaran besar pada temasya yang dijadualka­n bermula pada 6- 15 April ini.

Mun Yee, 33 tahun, berkata walaupun sudah lama tidak beraksi namun beliau berjanji akan memberi persembaha­n terbaik dan membantu Nur Dhabitah di Sukan Komanwel nanti. — Bernama

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Jurulatih Sukan Terjun Wanita Zhang Yukun (dua kiri) bersama (dari kiri) Pandelela, Mun Yee dan Nur Dhabitah ketika sidang media persediaan Atlet Podium Ke Sukan Komanwel di Institut Sukan Negara di Hulu Langat semalam.
BERSEMANGA­T: Jurulatih Sukan Terjun Wanita Zhang Yukun (dua kiri) bersama (dari kiri) Pandelela, Mun Yee dan Nur Dhabitah ketika sidang media persediaan Atlet Podium Ke Sukan Komanwel di Institut Sukan Negara di Hulu Langat semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia