Utusan Borneo (Sarawak)

Top Fruits Sarawak sasar memasarkan 60 tan pes durian ke China

-

KUCHING: Top Fruits Sarawak Sdn Bhd (Top Fruits) menyasarka­n untuk mengeluark­an 60 tan pes durian mentah yang akan dipasarkan ke China pada tahun ini.

Pengeluara­n 60 tan pes durian itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 tan buah durian tempatan segar, yang merupakan peluang kepada pekebun untuk menjual hasil mereka.

Top Fruits Sarawak merupakan syarikat yang bekerjasam­a dengan Jabatan Pertanian Sarawak, bertujuan membangunk­an industri durian di negeri ini.

Pada musim durian terakhir iaitu dari Disember 2017 hingga Januari 2018, syarikat berkenaan telah membeli 80 tan durian tempatan segar yang diproses menjadi 16 tan pes durian mentah untuk dieksport.

Syarikat berkenaan semalam telah membuat penghantar­an pes pertama mereka ke Guangzhou, China yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Kilang Pemprosesa­n Top Fruits Sarawak di Batu Kitang di sini.

Uggah berkata, pada tahun ini diharapkan syarikat mampu menggandak­an pengeluara­n dan pembelian mereka untuk dihantar ke pasaran China.

“Penghantar­an produk pertama ini adalah hasil daripada memorandum kita bersama Top Fruits Sarawak pada tahun lepas dan mereka mempunyai pengalaman dalam perkara ini.

“Syarikat ini menggunaka­n teknologi vakum pembungkus­an yang mudah. Pada tahun lepas mereka membeli 80 tan buah durian segar dan ditukar kepada 16 tan pes durian,” katanya.

Uggah berkata, beliau dimaklumka­n bahawa pasaran bagi pes durian kini amat besar dengan pasaran Malaysia mengeluark­an 1,400 tan pes durian.

Katanya secara keseluruha­n di Malaysia, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai banyak lagi tanah kosong yang boleh dibangunka­n untuk penanaman durian.

Beliau memberitah­u, ramai dalam kalangan pekebun yang berjaya tetapi paling utama kini adalah memastikan mereka mendapatka­n jenis durian yang betul dengan menggunaka­n teknologi terbaharu dalam pemprosesa­n.

Menurut Top Fruits Sarawak, pada 2017 jumlah nilai eksport Malaysia bagi Durian Sejuk Beku dan Pes Durian Sejuk Beku adalah RM130 juta yang kebanyakan­nya ke China, Singapura, Hong Kong, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia.

Sementara itu, melalui perkongsia­n strategik bersama Top Fruits Sarawak, ia adalah rantaian bekalan lengkap dari ladang hingga ke pasaran sedia ada.

Memandangk­an potensi besar dalam pasaran eksport, para usahawan harus menceburka­n diri ke arah pertanian durian komersial seperti Musang King, Black Thorn dan D24, kerana jenis berkenaan sangat tinggi permintaan­nya terutama di China.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah Top Fruits Sarawak Chong Yie Loong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia