Utusan Borneo (Sarawak)

Selain artis antarabang­sa, kehadiran Datuk Zainal Abidin dijangka menarik ramai pengunjung

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Borneo Jazz Festival (BJF) yang memasuki tahun ke-13 kali ini, kembali lagi pada 11 hingga 13 Mei depan dengan barisan artis-artis jazz antarabang­sa dan tempatan yang lebih mantap dan bertenaga.

Malah BJF kali ini dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung, dengan kehadiran penyanyi popular negara, Datuk Zainal Abidin yang bakal tampil menggegark­an pentas jazz pada tahun ini.

BJF tahun ini yang dianjurkan Sarawak Tourism Board dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM), juga berubah lokasi iaitu di Coco Cabana, yang terletak di Marina Bay, menjanjika­n suasana lebih segar dan bertenaga untuk peminat-peminat jazz yang datang dari dalam dan luar negara.

Selain Zainal, BJF kali ini turut menampilka­n artisartis jazz antarabang­sa dari Poland, Itali, Switzerlan­d, Belgium, Jepun, Jerman, China, Taiwan, Singapura dan Cuba.

Di samping itu, pemuzik jazz tempatan seperti Julian Chan dan Michael Veerapen yang akan mengiringi persembaha­n Zainal dan Dasha Logan iaitu anak perempuan kepada bekas vokalis Alleycats iaitu Loganathan Arumugam, antara yang akan tampil pada edisi tahun ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitah­u, lebih menarik lagi pada tahun ini STB turut menjalin kerjasama dengan sebuah kelab jazz dari Kuala Lumpur, ‘No Black Tie’ yang berpengala­man luas dan nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik jazz baik di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

Dengan pengasasny­a, Evelyn Hii dilantik sebagai pengarah festival tahun ini, ‘No Black Tie’ akan bekerjasam­a dengan STB untuk menganjurk­an acara julung kalinya sempena festival tahun ini iaitu Borneo Jazz Talent Search.

“Saya percaya kita mempunyai ramai golongan muda yang berbakat dalam bidang muzik dan nyanyian.

“Justeru saya berharap platform ini kelak akan menjadi batu loncatan untuk mereka mengetenga­hkan bakat dan kemampuan masing-masing,” ujarnya semasa melancarka­n Borneo Jazz Festival Edisi Ke-13 di Coco Cabana, Marina Bay di sini, semalam.

Karim berkata BJF kini sudah semakin dikenali dan membentuk reputasi tersendiri sebagai salah satu pentas jazz yang berjaya menarik ribuan peminat jazz dan pengunjung ke sini pada setiap tahun, sejak ia dilancarka­n 12 tahun lalu.

Beliau berkata acara bertaraf antarabang­sa itu juga telah menempatka­n Sarawak dalam peta dunia, dengan acara yang unik di samping memberi ruang kepada bakat-bakat tempatan untuk turut serta.

“Selain itu ia juga dilihat sebagai satu platform untuk menjana ekonomi bagi masyarakat peniaga tempatan dan penggiat industri pelanconga­n di Sarawak dan Miri khasnya,” ujar beliau lagi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin.

Sementara itu Lee berkata pemilihan lokasi Coco Cabana sebagai pentas BJF tahun ini menjanjika­n kelainan, keunikan dan keindahan tersendiri kerana selain terletak di tepi laut, ia juga secara tidak langsung mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pelanconga­n untuk acara berkaitan dengan laut seperti sukan kapal layar, pertanding­an memancing laut dalam antarabang­sa serta destinasi menyelam yang cantik.

“Melalui acara seperti ini, kita dapat mengetenga­hkan destinasi pelanconga­n seperti Taman Marin Miri- Sibuti untuk destinasi menyelam, Taman Negara Gunung Mulu iaitu tapak warisan dunia; Taman Negara Bukit Lambir di mana anda boleh menyaksika­n ‘lumba katak’ dan banyak lagi yang boleh diterokai pelancong,” tambahnya.

Katanya, ini juga masa bagi penggiat dalam industri pelanconga­n mempromosi­kan produk mereka bagi membolehka­n pelancong terutama dari luar negara mengenali Miri dengan lebih dekat lagi.

“Pada masa yang sama, sudah pastinya kita berharap Datuk Zainal (Abidin) akan menarik kumpulan peminatnya untuk datang beramai-ramai ke Miri kelak,” jelas Lee.

Majlis pelancaran untuk promosi media itu turut dihadiri Datuk Bandar Miri Adam Yii, Residen Miri Sherrina Husaini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Sarawak Tourism Board (STB) Mary Wan Mering serta pegawai-pegawai kanan jabatan itu.

Selain itu ia juga dilihat sebagai satu platform untuk menjana ekonomi bagi masyarakat peniaga tempatan dan penggiat industri pelanconga­n di Sarawak dan Miri khasnya. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? TEMUI KAMI: Lee (empat kanan) dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama Zainal (lima kanan) yang turut hadir pada Majlis Pelancaran BJF Ke-13 di Coco Cabana semalam.
TEMUI KAMI: Lee (empat kanan) dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama Zainal (lima kanan) yang turut hadir pada Majlis Pelancaran BJF Ke-13 di Coco Cabana semalam.
 ??  ?? TURUN PADANG: Aaron dan Allan disambut penuh mesra penduduk di Rumah Barnabas.
TURUN PADANG: Aaron dan Allan disambut penuh mesra penduduk di Rumah Barnabas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia