Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat di Song mengalami banyak perubahan sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2009: Nanta

- Oleh Andy Sabang

SONG: Masyarakat di pedalaman daerah Song mengalami banyak perubahan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri pada 2009.

Ini berikutan keprihatin­an beliau terhadap nasib masyarakat di kawasan pedalaman yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Dalam tempoh sembilan tahun ini sejak Najib menjadi PM, banyak perubahan telah dilaksanak­an kerajaan dan dinikmati penduduk kawasan pedalaman di sini.

“Peruntukan yang besar juga diluluskan demi kes- ejahteraan rakyat,” kata Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi semasa Program Pemimpin Bersama JKKK Sungai Tekalit, Katibas di sini kelmarin.

Nanta yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjelaska­n, di kawasan Tekalit sahaja terdapat 19 rumah panjang dan kesemuanya telah menerima projek kecil luar bandar berjumlah RM2.4 juta untuk tempoh 2016 hingga 2017.

Keadaan ini berlainan ketika kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dari 1981 hingga 2003 apabila setiap Ahli Parlimen hanya diperuntuk RM300,000 setahun untuk membangunk­an kawasan pedalaman.

Peruntukan itu tidak cukup untuk membangunk­an kawasan pedalaman yang luas seperti kawasan Parlimen Kapit.

“Malah Apai (Tan Sri Leonard) Linggi ketika masih menjadi Ahli Parlimen Kapit pernah membawa Tun Dr Mahathir ke Engkuah pada 1982 dengan menaiki helikopter untuk melihat sendiri kehidupan rakyat di pedalaman.

“Perkara yang diminta rakyat ketika itu ialah sebuah klinik kecil dengan seorang doktor sepenuh masa dan ini telah dipersetuj­ui Tun Dr Mahathir ketika itu.

“Malangnya sehingga beliau berhenti menjadi PM, permintaan kecil itu tidak dilaksanak­an walaupun mempunyai kuasa yang besar untuk melakukann­ya,” ujar beliau.

Selain itu, Nanta yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberitah­u, Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan (19861991) juga tidak membawa sebarang perubahan kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.

“Mereka mempunyai kuasa yang besar ketika itu, kenapa tidak melakukann­ya malah anda sendiri juga boleh membuat perbanding­an.

“Pelbagai fitnah dilontarka­n terhadap Najib demi untuk menjatuhka­n kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti membawa banyak perubahan kepada anda,” tambahnya.

Justeru beliau menggesa penduduk rumah-rumah panjang di Tekalit agar tidak termakan hasutan pembangkan­g yang tidak berasas dan terus menyokong BN agar pembanguna­n yang dirancang untuk mereka dapat diteruskan.

Dalam tempoh sembilan tahun ini sejak Najib menjadi PM, banyak perubahan telah dilaksanak­an kerajaan dan dinikmati penduduk kawasan pedalaman di sini. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ?? DIBANTU: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dan tetamu lain bersama para penerima ESHND di Limbang, baru-baru ini.
DIBANTU: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dan tetamu lain bersama para penerima ESHND di Limbang, baru-baru ini.
 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia