Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli lembaga, anggota dan pengurusan menyertai kursus pengurusan koperasi

-

SIBU: Seramai 52 ahli lembaga koperasi, anggota koperasi dan pengurusan koperasi sekitar bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei menyertai Kursus Wajib Pengurusan Strategik Koperasi di sebuah hotel di sini.

Kursus yang bermula pada Selasa dan berakhir semalam dianjurkan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sarawak yang merupakan salah sebuah agensi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepentinga­n pengurusan strategik dalam koperasi.

Pada masa yang sama, kursus ini turut berkongsi mengenai teknik-teknik pengurusan strategik.

Antara tajuk-tajuk penting pengisian kursus pada kali ini adalah ‘Peranan Koperasi Dalam Dasar Koperasi Negara (DKN)’, ‘Pembentuka­n Visi, Misi dan Objektif’, ‘Analisis Persekitar­an Koperasi’ serta ‘Menjana dan Memilih Strategi’.

MKM Sarawak juga ber- harap agar pengisian kursus dapat membantu ahli lembaga koperasi dan pengurusan yang hadir untuk menjayakan aktiviti dan perniagaan masing-masing selepas ini.

Program kursus berkenaan telah dikendalik­an Pensyarah Kanan MKM Zon Sarawak Mohamad Suandi Mortadza dan Frank Meol.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus anjuran MKM Sarawak boleh menghubung­i talian 082230409 (urus setia kursus) di pejabat MKM Sarawak.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Antara para peserta yang menyertai kursus yang diadakan di sebuah hotel di Sibu, semalam.
TIMBA ILMU: Antara para peserta yang menyertai kursus yang diadakan di sebuah hotel di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia