Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun sara hidup bantu nelayan darat diperkenal sejak 2015

-

LIMBANG: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membelanja­kan RM338,400 bagi pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) di negeri ini sejak diperkenal pada 2015 hingga 2017.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, 1,334 nelayan darat di negeri ini terpilih untuk menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan.

ESHND katanya, merupakan inisiatif daripada kerajaan pusat untuk meringanka­n beban golongan nelayan darat di negeri ini.

“Melalui program ini, golongan nelayan terus dibantu dan diberi tumpuan dalam usaha untuk meningkatk­an sosioekono­mi mereka,” katanya ketika merasmikan Projek Khas Perumahan Nelayan Darat Peringkat Daerah Limbang di Dewan SK Melayu Pusat Limbang, baru-baru ini.

Turut hadir Pemangku Pengarah Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai Lian Kuet, wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Joseph Wei Hoe Kiong dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Sarawak Kusuadi Salleh.

ADUN Bukit Kota itu berkata, melalui ESHND maklumat seperti jumlah nelayan, jumlah pendaratan ikan, spesies ikan yang ditangkap, sosioekono­mi serta pendapatan nelayan dapat diperolehi.

“Program ini membolehka­n pelan perancanga­n transforma­si nelayan darat dapat dilaksanak­an dengan teratur dan efisien,” katanya.

Katanya, pelbagai program bantuan turut dilaksanak­an untuk membantu nelayan termasuk Projek Khas Perumahan Nelayan Darat yang menyediaka­n persekitar­an rumah nelayan yang baik dan selesa.

Projek- projek itu membabitka­n projek penempatan semula nelayan, pembinaan rumah baharu nelayan dan baik pulih perumahan nelayan.

“Daripada sejumlah 1,334 nelayan darat yang berdaftar bagi 27 kawasan Parlimen di Sarawak, hanya 1,166 layak mendapat bantuan baik pulih rumah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.66 juta,” ujarnya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Harden (kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada Apat Landai (duduk di kerusi roda) sambil diperhatik­an Ling (dua kanan), Comrade Duman Gunggang (tengah) sampil diperhatik­an ahli SUPP yang lain semasa kunjungan berkenaan semalam.
SUMBANGAN: Harden (kiri) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada Apat Landai (duduk di kerusi roda) sambil diperhatik­an Ling (dua kanan), Comrade Duman Gunggang (tengah) sampil diperhatik­an ahli SUPP yang lain semasa kunjungan berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia