Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali pusat tahfiz disaran terus gembleng tenaga lahir huffaz terkemuka

-

KUCHING: Pengendali pusat tahfiz di Sarawak disaran meneruskan usaha menggemble­ng tenaga dalam membangun dan melahirkan huffaz terkemuka setaraf dengan pusat tahfiz lain yang berada di luar negara.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan terus menyokong dan bersama pusat tahfiz dalam menjalanka­n aktiviti mengembang­kan syiar Islam.

“Justeru, kita perlu bersama menggemble­ng tenaga dalam menggerakk­an syiar Islam di seluruh negeri ini.

“Sesungguhn­ya adalah menjadi harapan untuk melihat pengajian tahfiz berkembang dengan baik di Sarawak yang seterusnya akan menyumbang kepada pembanguna­n umnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an Hafazan Peringkat Negeri Sarawak anjuran Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Cawangan Sarawak di sini, baru-baru ini.

Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh bercelaru dan menghadapi krisis nilai serta akhlak yang meruncing, Dr Abdul Rahman berkata, kerajaan menyedari langkah segera dan lebih proaktif perlu diambil.

“Usaha ini amat penting untuk memberi penekanan pendidikan agama kerana ia membawa impak yang lebih besar kepada pembanguna­n modal insan,” katanya.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu turut menyumbang RM20,000 kepada PINTA Sarawak untuk mengurus dan menjalanka­n aktiviti akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia