Utusan Borneo (Sarawak)

Rentap seru rakyat jangan boros

-

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu menyeru rakyat membuat simpanan sebagai persediaan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Katanya sikap boros dan berbelanja secara tidak berhemah akan merugikan diri sendiri dan boleh menyebabka­n taraf kehidupan menjadi tidak stabil.

“Amalan dalam perbelanja­an yang tidak terurus boleh merugikan anggota masyarakat itu sendiri dan membawa kepada sikap boros.

“Adalah lebih baik untuk kita mengasingk­an sekurangku­rangnya kadar 30 peratus daripada wang yang diperolehi untuk simpanan dan keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 Daerah Betong bagi kawasan N.36 Layar di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong dekat sini, semalam.

Tambahnya, dengan wang BR1M yang diterima penerima perlu bijak berbelanja dan beringat untuk menyimpan.

“Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat yang layak sebagai inisiatif membantu mengurangk­an beban mereka dengan mewujudkan BR1M.

“Namun rakyat perlu bertindak bijak dalam menguruska­n bantuan yang diberikan dengan keperluan yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri dan keluarga,” ujarnya.

Rentap turut berkata, kerajaan amat jelas membantu rakyat dalam meneruskan kelangsung­an hidup, selain mengajak rakyat berfikir tentang masa depan yang membawa kepada kehidupan lebih terjamin.

“Kerajaan juga menyediaka­n pelbagai program untuk manfaat rakyat dengan kemudahan yang tersusun demi keperluan bersama.

“Dalam pada itu, kerajaan mewujudkan industri pertanian dengan merancakka­n pertanian moden dan menggalakk­an rakyat terlibat sama memajukan tanah masingmasi­ng.

“Jabatan Pertanian diarah membantu dalam memprak- tik segala ilmu yang dapat diguna untuk membantu rakyat dan disalurkan dengan kemudahan oleh kerajaan.

“Selari dengan itu, sokongan rakyat amat diperlukan dalam memastikan usaha itu berkesan dan menemui kejayaan,” serunya.

Hadir sama Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, wakil Residen Florance Mulan, Temenggung Nunong Dandan, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

 ??  ?? MANFAATKAN: Rentap menyerahka­n baucar BR1M kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut semalam.
MANFAATKAN: Rentap menyerahka­n baucar BR1M kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia