Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Wanita #PressforPr­ogress platform kongsi pengalaman

-

KUCHING: Penganjura­n Forum Wanita # PressforPr­ogress di sini, merupakan platform terbaik untuk wanita berkongsi pengalaman dan menyesuaik­an kerjaya mereka dengan perubahan semasa.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit menyifatka­n program anjuran IBM Corporate Service Corps bersama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) itu adalah saluran untuk mendorong wanita agar lebih bermotivas­i dan bersedia khususnya dalam menghadapi era digital masa kini.

“Saya berpendapa­t forum ini membawa perspektif baharu yang bukan sahaja boleh mendorong kepada perubahan minda dan melahirkan wanita yang berdaya saing dalam era serba canggih ini, bahkan dapat membangunk­an lebih ramai usahawan wanita di negeri ini.

“Oleh yang demikian, saya harap kaum wanita yang menyertai forum ini dapat memanfaatk­an ilmu yang diperoleh berdasarka­n perkongsia­n pengalaman mereka di tempat kerja, rumah dan sebagai ahli perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap menyempurn­akan Forum Wanita sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa di Hab Inovasi TEGAS di sini, semalam.

Lebih 100 peserta wanita daripada agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tempatan menghadiri forum itu.

Sabariah berkata, forum itu diharap dapat diteruskan kerana ia sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah memaju dan mentransfo­rmasikan ekonomi digital di negeri ini.

“Pada masa sama, saya yakin penganjura­n forum seumpama ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama wanita tanpa mengira bangsa, latar belakang dan kerjaya masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, forum itu menampilka­n barisan penceramah tempatan seperti Pengarah Urusan IBM Malaysia Chong Chye Neo, Pengasas Bersama The Tuyang Initiative Juvita T. Wan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan.

Rashidah membentang­kan ceramahnya bertajuk ‘Leading Sarawak at an Inflection Point’, Juvita berkongsi kisahnya sebagai usahawan sosial sementara Chong menyampaik­an ceramah dengan tajuk ‘Mentransfo­rmasikan Wanita Untuk Berkembang Maju Dalam Era Digital Sarawak’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia