Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas jika salah guna lesen perniagaan

Fazzrudin beri amaran kepada operator premis jalan kegiatan haram di sebalik perniagaan utamanya

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Jangan salah guna lesen perniagaan, jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

D e m i k i a n a m a r a n Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman kepada operator premis yang menjalanka­n kegiatan haram di sebalik perniagaan utamanya.

“Gunakan lesen yang diberikan dengan betul dan patuhi peraturan serta undangunda­ng,” tegas beliau.

F a z z r u d i n b e r k a t a demikian ketika mengulas berhubung dakwaan tentang kewujudan premis 24 jam yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai untuk perjudian dalam talian di konstituen­sinya.

Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri berhubung isu tersebut, sebaliknya akan membantu pihak berkuasa membantera­s kegiatan tersebut daripada terus menular dalam kalangan belia.

“Saya bersedia untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dalam usaha membantera­s gejala negatif di kawasan ini.

“Saya ada menerima aduan mengatakan ramai remaja yang membeli reload (tambah nilai) judi dalam talian dan jika dakwaan ini benar, sudah tentu ia akan mengakibat­kan gejala negatif lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, aduan bukan sahaja melibatkan m a s a l a h p e r j u d i a n , tetapi tindakan tidak bertanggun­gjawab individu yang dipengaruh­i alkohol sehingga mengakibat­kan kerosakan terhadap harta

Gunakan lesen yang diberikan dengan betul dan patuhi peraturan serta undang-undang. Fazzrudin Abdul Rahman ADUN Tupong

benda awam.

“Ada individu membeli arak di kedai tersebut dan minum di kawasan berdekatan dan akhirnya bertindak di luar kawalan mengganggu kedaikedai berhampira­n sehingga terdapat premis dipecahkan.

“Saya mengharapk­an semua lapisan masyarakat tampil bersama-sama membantera­s gejala negatif ini,” katanya.

Beliau yakin pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas berkenaan isu terbabit seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching SAC Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi berkata pihaknya menyambut baik usaha masyarakat untuk bersamasam­a membantera­s kegiatan judi haram di daerah ini.

Malah katanya, pihak polis sentiasa komited memerangi aktiviti haram itu setiap masa bagi memastikan negeri ini bebas daripada kegiatan judi.

“Inilah (usaha) yang kita mahu, apabila ada pihak mahu bekerjasam­a dalam membantera­s aktiviti perjudian,” katanya.

 ??  ?? OPERASI: Gambar fail menunjukka­n Ops Dadu dilaksanak­an polis Sarawak bagi membantera­s kegiatan judi haram yang berselindu­ng di sebalik perniagaan utama.
OPERASI: Gambar fail menunjukka­n Ops Dadu dilaksanak­an polis Sarawak bagi membantera­s kegiatan judi haram yang berselindu­ng di sebalik perniagaan utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia