Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju diperintah bayar pampasan RM114,181 kepada pembeli rumah

-

SIBU: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak ( TTPRS) memerintah­kan sebuah syarikat pemaju perumahan membayar pampasan berjumlah RM114,181 kepada seorang pembeli atas kelewatan menyerahka­n rumah dan ruang riadah.

Presiden TTPRS Peter Lim Thiam Seng dalam k e p u t u s a n n y a t u r u t mengarahka­n responden menjelaska­n pampasan itu dalam tempoh 45 hari, bermula hari ini.

Sekiranya pihak gagal berbuat demikian katanya, pemaju boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 53(1), Ordinan Pembanguna­n Perumahan ( Kawalan dan Lesen) 2013 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau keduaduany­a.

Terdahulu, penuntut dalam kes ini, Yek Mee Huong menuntut pampasan berjumlah RM106,171 selepas pihak pemaju lewat menyerahka­n apartmen yang dibeli dengan harga RM968,000 pada 4 Julai 2013.

Apartmen itu hanya diserahkan pada 15 Ogos 2017 selepas permit menduduki ( OP) dikeluarka­n pada 8 Febuari 2017.

Dalam satu lagi kes, Lim memberi masa 30 hari kepada pemaju untuk mengenal pasti dan membaiki semua kerosakan di sebuah rumah teres dua tingkat yang didakwa mengalami kebocoran.

Pihak pemaju menurut Lim, perlu membaiki kerosakan itu mengikut standard yang telah ditetapkan Kementeria­n Perumahan.

Penuntut, Ho Kee Lee terdahulu menuntut pampasan berjumlah RM15,000 daripada responden selepas mendakwa berlaku kebocoran di rumah yang dibelinya pada 14 Julai, 2014.

Menurut Ho, kebocoran dikesan pada siling rumah di bahagian bilik tidur, ruang tamu, dapur dan tempat letak kereta, selepas tiga bulan berpindah ke rumah tersebut pada akhir 2016.

Dalam dua lagi kes m e l i b a t k a n p e m a j u perumahany­angsama,TTPRS mengarahka­n pihak responden membayar RM19,000 kepada penuntut, Nyulang Lassa, bagi kelewatan penyerahan rumah selama 57 bulan.

Bagi satu lagi kes, pihak r e s p o n d e n b e r s e t u j u membayar pampasan berjumlah RM12,000 kepada penuntut, Bahtiah Ibrahim, bagi kelewatan yang sama, selepas kedua- dua pihak mengadakan perbincang­an di luar tribunal.

Pendengara­n kes semalam turut didengar di hadapan dua ahli panel iaitu Robert Elone Sireng dan Alhadi Ibrahim.

 ??  ?? TRIBUNAL PERUMAHAN: Lim (duduk, tengah) bersama Robert (kiri) dan Alhadi (kanan) bercakap kepada pemberita selesai prosiding di Sibu, semalam.
TRIBUNAL PERUMAHAN: Lim (duduk, tengah) bersama Robert (kiri) dan Alhadi (kanan) bercakap kepada pemberita selesai prosiding di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia