Utusan Borneo (Sarawak)

Pendengara­n semakan Datin cederakan amah ditangguh Datin tidak hadir prosiding, gagal dikesan di dua alamat berbeza

-

KUALA LUMPUR: Dua anggota Majlis Perbandara­n Seberang Perai semalam didakwa atas pertuduhan menghantar komunikasi palsu melalui aplikasi Facebook milik mereka membabitka­n Naib Presiden MIC Datuk T. Mohan, tahun lepas.

M. Satees, 32, dan P. David Marshel, 43, selaku Orang kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi palsu, masingmasi­ng di laman profil Facebook mereka iaitu ‘ Satees Muniandy’ dan ‘David Marshel’ dengan niat untuk menyakitka­n hati Mohan, 45, yang juga Senator antara jam 8 pagi dan 12.59 tengah hari, pada 24 Okt 2017.

Kedua-dua pautan itu telah dibaca di Menara Manickavas­agam, Jalan Rahmat di sini pada jam 1 petang, 24 Okt 2017 dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin dikenakan bagi setiap OKS. — Bernama SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menangguhk­an pendengara­n semakan terhadap hukuman ke atas seorang Datin yang menyebabka­n kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu, berikutan kegagalan wanita itu hadir ke prosiding tersebut semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menangguhk­an pendengara­n semakan itu selepas pihak pendakwaan memaklumka­n bahawa tertuduh yang juga suri rumah, Datin Rozita Mohamad, 44, gagal dikesan di dua alamat berbeza yang diberi iaitu di Mutiara Damansara di Petaling Jaya dan Melaka.

Turut gagal dikesan adalah penjamin kepada wanita itu yang difahamkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkal­an di Pangkalan Udara Subang dekat sini.

Terdahulu semasa prosiding, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad berkata pihaknya telah pergi ke kediaman tertuduh dan penjamin wanita itu untuk menyerahka­n notis hadir ke mahkamah kelmarin, namun kedua-dua rumah berkenaan tidak berpenghun­i.

Tun Abd Majid kemudian mengarahka­n pihak pendakwaan meneliti syarat-syarat bon berkelakua­n baik selama lima tahun yang dikenakan ke atas Rozita sama ada ia turut mengandung­i keperluan untuk tertuduh memaklumka­n kepada mahkamah jika dia bertukar alamat kediaman.

Beliau berkata jika keperluan itu wujud, Rozita boleh dikenakan tindakan kerana gagal dikesan serta tidak hadir ke prosiding semalam.

“Penjamin pula tidak kira sama ada dia askar atau penjawat awam, kalau dia cuba menghalang tugas penjawat awam lain, juga boleh dikenakan tindakan,” katanya yang kemudian memberi tempoh tujuh hari hingga Khamis depan untuk pihak pendakwaan mengesan dan memastikan tertuduh dan penjamin- nya hadir ke prosiding.

Dalam pada itu, Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menafikan Rozita telah melarikan diri dan yakin wanita tersebut serta penjaminny­a boleh dikesan dalam tempoh yang diberikan mahkamah.

Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita selepas wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah setelah pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadapny­a dibacakan.

T e r t u d u h d i d a k w a menyebabka­n kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunaka­n sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih sebagai senjata untuk menyerang.

Kesalahan yang membolehka­n wanita berkenaan dipenjara maksimum 20 tahun dan denda itu, didakwa dilakukan di sebuah rumah, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Keputusan Mahkamah Sesyen tersebut, bagaimanap­un menimbulka­n ketidakpua­san hati banyak pihak termasuk dalam kalangan pengamal undang-undang yang menyifatka­n hukuman dikenakan itu terlalu ringan.

Rozita sebelum ini dibicaraka­n atas tuduhan asal iaitu cubaan membunuh Suyanti mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika cederadan seumur hidup jika menyebabka­n kematian, jika disabit kesalahan.

Tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n yang bermula pada 9 Mei tahun lepas. — Bernama

Penjamin pula tidak kira sama ada dia askar atau penjawat awam, kalau dia cuba menghalang tugas penjawat awam lain, juga boleh dikenakan tindakan. Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah Pesuruhjay­a Kehakiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia