Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam didakwa pengubahan wang haram lebih RM9 juta

-

KUALA LUMPUR: Seorang peguam yang pernah dituduh pecah amanah berhubung perjanjian jual beli tanah bernilai RM9 juta dua tahun lepas, didakwa lagi semalam atas 90 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n nilai lebih RM9 juta, tujuh tahun lalu.

How Chee Hong, 50, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Berdasarka­n pertuduhan pertama hingga 90, How didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan cara memindahka­n, menerima dan menggunaka­n wang keseluruha­n berjumlah RM9,056,134, iaitu hasil daripada kegiatan haram daripada akaun semasa-i CIMB Bank Bhd milik firma guamannya Tetuan Kumar Jaspal Quah & Aishah.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di CIMB Bank Bhd cawangan Solaris Mont Kiara, di sini antara 10 Januari 2011 dan 13 Januari 2012.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Subseksyen 4(1)(a) dibaca bersama 87(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum menerusi Seksyen 4 akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara hingga lima tahun atau kedua- duanya, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin mencadangk­an wang jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, namun peguam Datuk K. Kumaraendr­an yang mewakili How memohon ia dikurangka­n kerana anak guamnya masih seorang pengamal undang-undang, mempunyai firma guaman sendiri dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia