Utusan Borneo (Sarawak)

Jual tanah Ijok: Enam termasuk dua bergelar Datuk direman

-

PUTRAJAYA: Dua lelaki yang bergelar Datuk merupakan antara enam individu yang direman empat hari untuk membantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan di Ijok, Selangor semalam.

Antara yang direman ialah bapa dan anak lelakinya.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini semalam untuk menyiasat keenam-enam individu itu sehingga 24 Mac ini.

Kesemua individu yang berumur antara 34 dan 84 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Mereka ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara jam 12.45 tengah hari dan 4 petang kelmarin.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman itu kira-kira jam 9 pagi dengan baju lokap SPRM dan ber- gari.

Penjualan tanah itu mencetuska­n kontrovers­i dan menimbulka­n persoalan pelbagai pihak termasuk peneroka.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata siasatan pihaknya merangkumi pener- imaan bayaran menerusi transaksi wang kira- kira RM200 juta kepada lima syarikat.

Beliau berkata SPRM kini juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk yang dipercayai berada di luar negara dan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kes sama.

Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa enam individu termasuk dua yang bergelar Datuk ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan di Ijok,...
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa enam individu termasuk dua yang bergelar Datuk ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan di Ijok,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia