Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bakal miliki makmal kesan virus rabies

Membolehka­n ujian sampel anjing diperolehi lebih cepat, jimat kerana tidak perlu dihantar ke VRI Ipoh

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Sarawak bakal memiliki makmal khusus untuk menjalanka­n Direct Fluorescen­t Antibody Test (FAT) ke atas sampel anjing bagi mengesan virus rabies.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud, penubuhan makmal itu akan membolehka­n keputusan ujian sampel anjing dipe-

Kita bakal memiliki makmal FAT di Sarawak, mudah-mudahan sebelum Jun tahun ini untuk mengesan virus rabies pada sampel anjing dalam tempoh 48 jam.

rolehi dengan lebih cepat, sekali gus menjimatka­n kos apabila ia tidak lagi perlu dihantar ke Institut Penye- lidikan Veterinar (VRI) di Ipoh.

Katanya, Sarawak buat masa ini hanya mempu- nyai kemudahan untuk menjalanka­n ujian sampel Polymerase Chain Reaction ( PCR) iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Kita bakal memiliki makmal FAT di Sarawak, mudah-mudahan sebelum Jun tahun ini untuk mengesan virus rabies pada sampel anjing dalam tempoh 48 jam,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Liputan Bencana Berkesan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Dr Adrian berkata, seorang pegawai penyelidik akan ditempatka­n di kemudahan baharu yang terletak dalam kawasan Makmal Diagnostik Veterinar Negeri di Kota Samarahan, di sini.

Katanya, kakitangan jabatan juga kini sedang menjalani latihan-latihan untuk memperkasa kemahiran masingmasi­ng dalam usaha menan- gani rabies di negeri ini.

Sejak tahun lepas, sebanyak 400 sampel telah dihantar ke VRI, dengan 100 daripada jumlah itu disahkan positif rabies.

Sehingga kini, jumlah keseluruha­n kawasan diisytihar­kan wabak rabies adalah 30 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (4), Samarahan (3), Serian (21), Sri Aman ( 1) dan Sarikei ( 1).

Bagi membasmi penyakit rabies di Sarawak, usaha mewujudkan ‘immune belt’ diteruskan dari Sematan ke Lubok Antu dan diteruskan dengan pelbagai agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelak virus tersebut merebak ke kawasan lain.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah turut menghantar pasukan membantu kita menjalanka­n kerja-kerja pembasmian dan pada masa sama, melatih kakitangan mereka dalam menangani kes rabies,” katanya.

Dr Adrian Susin Ambud Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak

 ??  ?? TERLANTAR: Suhaili kini berada di Hospital Miri.
TERLANTAR: Suhaili kini berada di Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia