Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n kempen, program kesedaran beri impak positif menangani kebakaran

-

KUCHING: Pelaksanaa­n kempen dan program kesedaran ternyata memberi impak positif kepada masyarakat dalam menangani kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata kejayaan itu diterjemah­kan dengan rekod 90 kes kebakaran struktur berjaya dipadam sendiri oleh orang awam.

“Ia merupakan 26 peratus daripada kes kebakaran struktur berjaya dipadam oleh penghuni sendiri.

“Malah sekali gus menyelamat­kan nyawa dan jutaan ringgit nilai harta benda,” katanya.

Beliau mendedahka­n perkara itu ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) JBPM Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim dan Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Mohd Zaki Omar.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata setakat tahun ini, sebanyak sembilan kes serupa telah direkodkan.

Menurutnya, impak itu turut disumbang oleh komitmen bomba zon dan balai dalam pelaksanaa­n aktiviti Menghapus Bahaya Kebakaran ( MBK) dan penguatkua­aan e-FEIS.

Dalam memastikan keselamata­n awal kecemasan, JBPM katanya telah melangkah ke peringkat baharu dalam pelaksanaa­n Program Bomba Komuniti.

Mendedahka­n perkara itu, Nor Hisham berkata Sarawak mempunyai 497 pasukan Bomba Komuniti.

“Ia merupakan jumlah tertinggi di Malaysia setakat ini,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Wan Mohd Nor menyampaik­an APC kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Nor Hisham dan Mohd Zaki.
TAHNIAH: Wan Mohd Nor menyampaik­an APC kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Nor Hisham dan Mohd Zaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia