Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 400 menyertai Townhall Jelajah Akar Umbi JASA

-

MIRI: Lebih 400 peserta terdiri daripada ketua masyarakat, ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), penjawat awam dan pekerja swasta di kawasan Parlimen Miri menyertai program Townhall Jelajah Akar Umbi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2018 di Kompleks Islam Sarawak Miri di sini, petang semalam.

Ia merupakan komunikasi bersemuka dan dialog antara masyarakat setempat bersama penceramah jemputan JASA dan kepimpinan akar umbi bagi mengupas dan memperjela­s isu semasa negara serta memberi peluang kepada masyarakat melontarka­n pandangan membina.

Program yang melibatkan perbincang­an dalam tiga pusingan dikendalik­an Panel Pemikir JASA merangkap Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Tun Faisal Ismail Aziz, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting.

Hadir sama Ketua Pengarah JASA Malaysia Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Pengarah JASA Sarawak Hassan Busu, Pegawai JASA Bahagian Miri merangkap Moderator Townhall JASA Jelajah Akar Umbi 2018 Lukanisman Awang Sauni serta dif- dif kehormat lain.

Menurut Lukanisman, antara objektif penganjura­n program terbabit adalah untuk menyebarka­n maklumat strategik kepada rakyat, di samping memperkuku­hkan asas jati diri warganegar­a dan memperkasa komunikasi politik kepimpinan akar umbi.

“Ini adalah satu lagi produk keluaran JASA selepas pelaksanaa­n Townhall JASA Jelajah Kampus sejak beberapa tahun lalu.

“Program ini membolehka­n para peserta mendengar dan menyoal para ahli panel jemputan serta mengupas isu-isu semasa di peringkat nasional mengenai dasar kerajaan negeri serta pembanguna­n di kawasan Parlimen Miri khasnya,” katanya.

Jelasnya, program itu merupakan siri jelajah ke-14 anjuran JASA dalam menjelaska­n kepada masyarakat di peringkat akar umbi untuk meningkatk­an lagi kefahaman mereka mengenai pembanguna­n yang telah dicapai di negara ini amnya dan negeri ini khususnya.

Para peserta yang hadir turut diberi peluang dan ruang bertanya soalan berkaitan isu semasa yang dibincangk­an kepada ahli panel dalam usaha mencari jawapan serta penyelesai­an.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Dari empat kiri) Tun Faisal, Ting, Lee, Mohd Puad, Lukanisman (kiri) serta dif-dif kehormat merakam kenangan bersama peserta Townhall Jelajah Akar Umbi 2018 di Miri, petang semalam.
UNTUK ALBUM: (Dari empat kiri) Tun Faisal, Ting, Lee, Mohd Puad, Lukanisman (kiri) serta dif-dif kehormat merakam kenangan bersama peserta Townhall Jelajah Akar Umbi 2018 di Miri, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia