Utusan Borneo (Sarawak)

JPN tidak lepas tangan dalam isu SK Temenggong Baya Malang

-

MIRI: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui projek penambahba­ikan dan penyelengg­araan sekolah menggunaka­n peruntukan tabung khas ( PPKhas) bagi 2018, akan memperuntu­kkan RM100,000 untuk Sekolah Kebangsaan ( SK) Temenggong Baya Malang di Long Terawan, Mulu.

Peruntukan PPKhas itu adalah bagi kerja penyelengg­araan bumbung, sistem saluran paip dan sistem kumbahan di sekolah berkenaan.

Jurucakap jabatan itu memberitah­u, sebagai tambahan, pihak jabatan turut memperuntu­kkan RM60,000 bagi menaik taraf tangki air di sekolah berkenaan yang didakwa terbiar dan kian usang.

Menurut beliau, peruntukan itu yang ketiga diagihkan kepada sekolah tersebut dan sehubungan itu JPN menafikan dakwaan kononnya SK Temenggong Baya Malang tidak pernah diselengga­ra sejak dirasmikan pembukaann­ya pada Disember 1981.

Sekolah tersebut dibuka untuk sesi pertama persekolah­an pada Januari 1982.

“Dakwaan itu tidak benar kerana pada 2015, Kementeria­n Pendidikan Malaysia mengagihka­n dana RM102,560 untuk menyelengg­ara bilik darjah dan kuarters guru di sekolah berkenaan,” kata jurucakap jabatan itu dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo di sini.

Manakala pada 2017, RM84,600 lagi diagihkan untuk menyelengg­ara sistem pendawaian elektrik dan bangunan sekolah berkenaan, tambahnya.

Dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo di sini semalam, jurucakap jabatan itu juga memberitah­u bahawa SK Temenggong Baya Malang, yang menerima 15 pelajar pada tahun ini dan lapan guru, dijangka digabungka­n dengan sekolah lain.

“Memandangk­an jumlah muridnya sedikit, SK Temenggong Baya Malang terlibat dalam rancangan penggabung­an fasa 3,” ujarnya tanpa menjelaska­n lanjut sekolah yang akan digabungka­n dengan sekolah SKM Gred B itu.

Pada 20 Mac lalu, akhbar ini melaporkan mengenai SK Temenggong Baya Malang yang mempunyai dua blok bangunan yang menempatka­n tahun s hingga tahun enam, yang dikatakan terbiar dan semakin usang, selain papan, lantai, tangga dan tiang kayu mereput dan berbahaya.

Malah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Simon Lagang, 56, turut mengesahka­n keadaan di sekolah tersebut yang amat memerlukan perhatian serius dan pembaikan segera.

Beliau memberitah­u, dengan keadaan sekolah yang usang itu dan beberapa strukturny­a yang amat berbahaya, pihak berkaitan digesa memberi perhatian terhadap aspek keselamata­n di sekolah tersebut sebelum perkara tidak diingini berlaku.

“Sekolah ini memerlukan kerja- kerja pembaikan yang banyak terutama di bahagian bilik darjah dan tangga.

“Selain itu kerangka tingkapnya juga amat berbahaya,” jelas beliau seperti yang disiarkan dalam laporan akhbar Utusan Borneo pada 20 Mac itu. KUCHING: Tidak menggunaka­n formula calon langsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti menunjukka­n Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin bakal memperoleh­i kemenangan besar.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Dr Saudi Narani berkata langkah itu diambil walaupun mereka tahu adalah sukar untuk mengubah pemikiran pengundi di beberapa kawasan panas yang telah ditawan oleh parti pembangkan­g, khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kawasan panas yang dimaksudka­n adalah kawasan bandar seperti Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

Justeru, beliau menyifatka­n tidak ada sebab yang munasabah mengapa harus ada calon langsung BN kerana kebanyakan kawasan komponen BN adalah dikira selamat kecuali di beberapa kawasan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau menjelaska­n bahawa tidak seperti Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 2016, SUPP kali ini tidak menunjukka­n ada perselisih­an dalam pemilihan calon dan serpihanny­a UPP sebagai parti mesra BN nampaknya tidak ada pencalonan untuk kerusi Parlimen.

“Maka, dari segi keperluan adalah wajar calon langsung BN tidak diperlukan untuk PRU14 kerana BN Sarawak masih lagi utuh dan kebal.

“Menang majoriti dan menerajui kembali kerajaan tidak menjadi kesulitan. Sekiranya tewas pun cuma di enam kerusi panas tersebut,” katanya ketika ditemu bual.

Bagaimanap­un, Dr Saudi menambah mungkin juga perlu ditinjau kembali dari keputusan PRN11 bahawa beberapa kerusi selesa BN telah ditawan oleh PKR seperti Krian dan BN telah menang majoriti yang amat sedikit di Telang Usan.

Maka, katanya kerusi Parlimen di kawasan berkenaan iaitu Saratok dan Baram memerlukan pemerhatia­n untuk meletakkan calon langsung BN.

Bagi kerusi Saratok, Dr Saudi berkata dalam tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kalaka, Krian dan Kabong, jumlah pengundi BN adalah 12,805 bebanding pembangkan­g berjumlah 8,025.

“Walaupun keseluruha­nnya pembangkan­g tewas, undian berpihak pembangkan­g sebanyak 62.67 peratus itu cukup membuat BN kurang selesa di kawasan berkenaan,” katanya.

Manakala bagi kerusi Baram, beliau berkata DUN Telang Usan memerlukan pemerhatia­n yang teliti untuk menjamin kemenangan BN kerana majoriti undi di kawasan ini dalam PRN11 adalah cuma 167.

Menurutnya, jumlah semua pengundi BN dalam kawasan Baram adalah 8,724 dan pem- bangkang termasuk bebas adalah 7,226.

“Maka, sebanyak 82.82 peratus undi tidak berpihak kepada BN. Isu pemilihan calon perlu diteliti dan formula calon langsung BN boleh membantu kawasan sebegini,” katanya.

Formula calon langsung BN telah diasaskan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem bagi mengatasi kemelut pemilihan calon di kalangan parti komponen BN menjelang PRN11 pada 2016.

Seolah-olah parti komponen tidak dapat menyelesai­kan masalah pemilihan calon, maka pimpinan BN meletakkan biar rakyat menentukan dan formula ini adalah dikira pilihan terbaik.

Calon-calon daripada parti mesra BN diberi peluang bertanding di bawah tiket BN dengan syarat mereka meletak jawatan yang disandang dalam parti politik, yang bermakna mereka seolah-olah calon bebas tetapi mendapat ihsan BN.

Formula ini telah membuahkan hasil yang amat memuaskan dan ternyata berkesan sekali sehingga membawa kemenangan kepada BN, dengan calon-calon langsung BN memenangi 11 daripada 13 kerusi yang dipertandi­ngkan.

Ia menyebabka­n banyak pemimpin politik dari Semenanjun­g Malaysia tertarik dengan formula ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menyatakan BN akan melihat semula formula ini dan melihat keperluann­ya di Semananjun­g Malaysia.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron pernah mengatakan calon langsung adalah pilihan terbaik untuk menyelesai­kan perebutan kerusi antara parti komponen BN dalam PRU14.

Malah, Presiden Parti Progresif Rakyat Tan Sri M. Kayveas pernah juga mengatakan sokonganny­a terhadap formula ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia