Utusan Borneo (Sarawak)

Polis akan panggil Lim Guan Eng bantu siasatan kes video

Beberapa individu yang membuat laporan turut dipanggil

-

GEORGE TOWN: Polis akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang untuk merekodkan keterangan­nya bagi membantu siasatan berhubung satu video yang tersebar menunjukka­n Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak untuk membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong, dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pihaknya akan memanggil Lim dalam masa terdekat dan beberapa individu lain termasuk mereka yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Memang menjadi prosedur polis untuk merekodkan keterangan mereka terlibat termasuk Ketua Menteri (Lim) yang didakwa sebagai individu dalam video berkenaan bagi melengkapk­an kertas siasatan kes berk-

Kami akan panggil beliau (Lim) dalam masa terdekat dan polis juga akan memohon laporan daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun laman sosial yang menyebarka­n video tersebut bagi membantu siasatan.

enaan.

“Kami akan panggil beliau (Lim) dalam masa terdekat dan polis juga akan memohon laporan daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia ( SKMM) untuk mengesan pemilik akaun laman sosial yang menyebarka­n video tersebut bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya setakat ini, tiga individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan dan melengkapk­an kertas siasatan kes berkenaan.

Thaiveegan berkata polis juga menerima empat laporan polis daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik yang tidak berpuas hati berhubung video berkenaan dan pihaknya tidak menolak kemungkina­n lebih banyak pihak yang akan tampil membuat laporan dalam masa terdekat.

“Selepas kertas siasatan kes itu siap, kami akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a. Kes itu disiasat menurut Seksyen 233 SKMM,” katanya.

Sabtu lepas, Lim dalam satu video berdurasi 32 saat itu didapati mengajar sekumpulan kanak- kanak menyanyi mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmat­an ( GST) seolah-olah ia memberi kesan buruk kepada rakyat, ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat yang diperkenal­kan kerajaan negeri.

Ia kemudian mendapat perhatian ramai pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g ( GPMS) selepas video berkenaan tular di laman media sosial Facebook. — Bernama

Datuk A.Thaiveegan Ketua Polis Pulau Pinang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia