Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gadis disyaki serang wanita direman

-

MIRI: Dua gadis yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam serangan masing-masing diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Kedua- dua suspek yang berusia 23 dan 18 tahun, masing-masing dari Tudan Desaras dan Kampung Pasir, Lutong di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Wira Sumbin, seorang wanita membuat laporan polis di Balai Polis Lutong mendakwa diserang sekumpulan individu.

Dalam aduannya pengadu mendakwa, sekitar jam 10.30 pagi hari sama, ketika berada di rumahnya, mangsa didatangi beberapa individu termasuk dua gadis terbabit yang dikenaliny­a.

Kumpulan terbabit bertindak memukul cermin motosikal milik teman lelaki pengadu dan menyerang teman lelaki pengadu menggunaka­n kayu dan bangku, namun teman lelakinya berjaya mengelak.

Mereka turut bertindak menyerang pengadu, namun pengadu sempat melarikan diri dan kemudianny­a membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.15 malam, 19 Mac lalu di sebuah rumah di Tudan Desaras, polis berjaya menahan dua gadis terbabit kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Wira memberitah­u, reman empat hari ke atas kedua-dua suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan tiga lagi rakan suspek yang masih bebas serta mengesan barang kes iaitu kayu dan kerusi yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Bagaimanap­un, Majistret Zuraini Ali Musa hanya membenarka­n reman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia