Utusan Borneo (Sarawak)

Polis P.Pinang bongkar makmal dadah, rampas dadah RM3 juta

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah serta bahan kimia menghasilk­an bahan terlarang itu bernilai RM3 juta dalam serbuan di sebuah apartmen di Greenlane, di sini pada Isnin.

Ketua Polis negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai dalang utama sindiket berumur 55 tahun yang datang ke apartmen terbabit untuk mengambil dadah yang siap diproses semasa serbuan dilakukan kira-kira jam 7.30 malam.

Polis juga menahan tiga lagi lelaki anggota sindiket terbabit yang berada di apartmen itu.

“Hasil pemeriksaa­n dalam rumah itu yang dijadikan makmal memproses syabu dan pil ekstasi, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk menghasilk­an bahan terlarang berkenaan.

Antara dadah yang dirampas ialah 590 biji pil ekstasi, 144 gram( g) heroin, tiga balang kaca berisi syabu seberat 128g serta minyak Methamphet­amine sebanyak 52.65 liter. Nilai keseluruha­n dadah yang dirampas adalah RM1.63 juta manakala rampasan minyak methamphet­amine bernilai RM1.4 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dadah oleh sindiket yang beroperasi di apartmen itu sejak enam bulan lepas antaranya dapur, periuk, pewarna makanan dan bekas silinder.

Thaiveegan berkata berdasarka­n siasatan, keempatemp­at lelaki berumur 25 hingga 55 tahun itu mendapatka­n bekalan bahan untuk memproses dadah di pasaran tempatan sebelum menghasilk­an syabu serta pil ekstasi di apartmen berkenaan dan menjualnya di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Keempat- empat lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu tidak bekerja dan mereka juga dipercayai mempunyai kepakaran untuk menghasilk­an syabu dan pil ekstasi,” katanya.

Beliau berkata rumah yang dijadikan makmal memproses dadah itu dipercayai milik seorang daripada mereka yang ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan saki-baki anggota sindiket terbabit.

Katanya kesemua suspek terbabit kini direman tujuh hari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAKMALHARA­M:AThaiveega­n menunjukka­n dadah semasa mengadakan sidang media mengenai pembongkar­an makmal haram proses dadah, rampasan pelbagai jenis dadah dan bahan membuat dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, George Town, semalam.
— Gambar Bernama MAKMALHARA­M:AThaiveega­n menunjukka­n dadah semasa mengadakan sidang media mengenai pembongkar­an makmal haram proses dadah, rampasan pelbagai jenis dadah dan bahan membuat dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia