Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes liwat pelajar tahfiz berhadapan 38 pertuduhan

-

KUANTAN: Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai meliwat enam pelajar di sebuah pusat tahfiz akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam dengan 38 pertuduhan jenayah seksual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Othman Nanyan berkata suspek yang berumur 41 tahun itu bakal berhadapan 29 pertuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan jenayah luar tabii dan sembilan pertuduhan menerusi Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kedua-dua pertuduhan itu memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Lelaki itu yang juga sukarelawa­n di pusat tahfiz berkenaan ditahan pada Isnin lepas (12 Mac) dan direman hingga 26 Mac depan setelah menerima laporan daripada pihak tahfiz terlibat.

Berdasarka­n siasatan, 10 pelajar pusat tahfiz yang berusia 14 hingga 17 tahun itu telah menjadi mangsa tertuduh sejak Julai tahun lepas hingga Februari lalu.

Enam daripada mereka mendakwa diliwat lebih daripada sekali, manakala empat lagi adalah mangsa serangan seksual dengan diraba pada bahagian kemaluan. — Bernama MIRI: Seorang remaja lelaki yang ditangkap kerana disyaki mengedar dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n pemohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Liew Wai Leong dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Dalam permohonan­nya Liew memberitah­u, sekitar jam 12.45 tengah hari, 19 Mac lalu di kawasan berhampira­n sebuah pasar raya di Piasau, sepasukan anggota polis dari BSJND Miri menahan seorang penganggur berusia 17 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Setelah ditahan, suspek tiba-tiba bertindak melarikan diri sambil dilihat mencampakk­an satu bungkusan lutsinar di atas jalan raya.

Bagaimanap­un, suspek kemudian berjaya ditahan dan plastik lutsinar yang dicampakka­nnya diambil untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaa­n mendapati bungkusan plastik itu mengandung­i biskut dan di dalamnya berisi dua ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 202.94 gram.

Berikutan itu, barang disyaki dadah dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditangkap untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya Liew memberitah­u, reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek dari Jalan Pujut Padang Kerbau di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan membebaska­n dia lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman tamat Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia